Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kedai jual 'bubble tea' masih ditutup, tetapi kedai gunting rambut dibuka

May 2, 2020 | 10:36 PM
MASIH DITUTUP: Kedai 'bubble tea', kedai jual jus buah-buahan antara yang masih ditutup tetapi perniagaan yang beroperasi dari rumah, kedai gunting rambut dan kedai menjual makanan pemanis mulut, dibenarkan untuk dibuka hanya dari 12 Mei. 
MASIH DITUTUP: Kedai 'bubble tea', kedai jual jus buah-buahan antara yang masih ditutup tetapi perniagaan yang beroperasi dari rumah, kedai gunting rambut dan kedai menjual makanan pemanis mulut, dibenarkan untuk dibuka hanya dari 12 Mei.  - - Foto: THE STRAITS TIMES

KEDAI-KEDAI menjual 'bubble tea', arak dan minuman lain tidak akan dibuka pada 12 Mei ini.

Ini bermakna kedai 'bubble tea', yang menyebabkan ramai beratur sebelum penutupannya, akan kekal tutup untuk sementara.

Agensi pemerintah, Enterpise Singapore (ESG) berkata hari ini: "Kedai kendiri (tidak termasuk di pusat penjaja, pusat makan dan kedai kopi) yang umumnya menjual minuman akan kekal ditutup semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan.

"Jualan runcit dalam talian bagi produk ini dibenarkan, hanya jika mereka memenuhi pelesenan dapur pusat bagi kedai makan dan minuman, jika boleh."

Contoh-contoh lain kedai khusus yang tidak dibenarkan untuk dibuka termasuk yang menjual air jus buah-buahan, kopi dan teh.

Sementara itu, kedai makanan dan minuman yang kekal dibuka atau akan dibuka perlu melaksanakan sistem daftar masuk digital nasional SafeEntry mulai 12 Mei ini.

ESG berkata, ia akan memudahkan pengumpulan maklumat pengunjung bagi membolehkan usaha menjejak kontak dapat dilakukan dengan lebih pantas.

Kedai jual 'bubble tea', bersama-sama kedai makan dan minuman lain, perlu ditutup mulai 22 April lalu sebagai sebahagian daripada langkah lanjutan pemutus rantaian jangkitan yang diumumkan Perdana Lee Hsien Loong.

Langkah yang diketatkan ini mulanya dikatakan berakhir pada 4 Mei.

Bagaimanapun, pasukan bertindak menyatakan hari ini bahawa beberapa perniagaan, termasuk perniagaan yang beroperasi dari rumah, kedai gunting rambut dan kedai menjual makanan pemanis mulut, dibenarkan untuk dibuka hanya dari 12 Mei.

Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, yang turut sama mempengerusikan pasukan bertindak berkata: "Ia akan hanya bermula pada 12 Mei, jadi kami telah nyatakan kategori yang kami benarkan untuk dibuka mulai masa itu."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg