Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kediaman sementara akan dibina bagi belia berisiko bunuh diri, cedera diri sendiri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kediaman sementara akan dibina bagi belia berisiko bunuh diri, cedera diri sendiri

Feb 07, 2024 | 06:27 PM



Sebuah kediaman sementara akan dibangunkan untuk menyokong belia berumur 10-19 tahun yang mempunyai risiko membunuh diri atau mencederakan diri sendiri, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.

Berucap di Parlimen pada 7 Februari, Cik Rahayu berkata kemudahan itu akan menyediakan persekitaran yang selamat untuk belia, termasuk mereka yang mungkin juga menghadapi kesukaran dengan kerja sekolah dan dibuli.

“Di kemudahan itu, belia akan disokong oleh pasukan pelbagai disiplin terdiri daripada pakar psikiatri, psikologi, pekerja sosial, jururawat dan kakitangan penjagaan yang tinggal di sana.

“Perkhidmatan yang disediakan termasuk mengenal pasti keperluan belia dalam krisis, menyediakan campur tangan psikososial seperti kaunseling dan rawatan perubatan sokongan jika perlu, dan memudahkan peralihan belia dengan sokongan daripada rakan kongsi masyarakat sebelum mereka dilepaskan,” kata Cik Rahayu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab usul yang difailkan oleh Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kesihatan yang menyeru usaha seluruh negara untuk melaksana strategi nasional untuk meningkatkan kesihatan mental dan kesejahteraan.

Semasa berucap, beliau membentangkan usaha-usaha pemerintah dalam menyokong kesihatan mental belia, warga emas, penjaga, wanita dan kaum minoriti.

Menjawab saranan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Cik Hazel Poa, dan Anggota Parlimen (AP) Cik Hany Soh (GRC Marsiling-Yew Tee) untuk memberi lebih banyak sokongan kepada wanita selepas bersalin dan pasangan mereka, Cik Rahayu berkata lebih banyak sokongan akan diberikan kepada kaum bapa juga.

“Perkhidmatan Kesihatan Emosi Wanita Hospital Universiti Nasional (NUH) menyediakan pemeriksaan kesihatan mental antenatal dan selepas bersalin, serta intervensi rawatan individu untuk wanita yang memerlukan lebih banyak sokongan.

“Untuk menyokong bapa dan pasangan, NUH akan melanjutkan pemeriksaan kesihatan mental dan sokongan kepada mereka. Program ini membolehkan intervensi awal, pengurusan kes dan rawatan pelbagai disiplin,” kata Cik Rahayu.

Selain NUS, beliau berkata Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) juga menyediakan pemeriksaan rutin kemurungan selepas bersalin untuk semua wanita hamil, dan mereka yang mengalami simptom kemurungan akan dirujuk kepada perkhidmatan yang sesuai disediakan.

Menjawab cadangan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) dan Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio) untuk meningkatkan sokongan kesihatan mental kepada warga emas, Cik Rahayu berkata warga emas disokong Pasukan Jangkauan Masyarakat (Crest) untuk mengenal pasti keperluan kesihatan mental mereka dan menyediakan sokongan emosi asas dan rujukan kepada penyedia perkhidmatan yang sesuai.

Beliau menambah bahawa Pusat Penuaan Aktif (AAC) bekerjasama dengan penyedia Crest untuk berkhidmat sebagai pusat masyarakat untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan dan menghubungkan warga emas dengan masyarakat.

“Kami mempunyai 73 pasukan Crest di seluruh negara, yang mana 65 pasukan boleh menyokong warga emas yang berisiko memerlukan kesihatan mental. Kami faham bahawa sesetengah warga emas mungkin keberatan mendapatkan bantuan atau menerima sokongan untuk keperluan kesihatan mental mereka kerana stigma.

“Sebagai sebahagian daripada usaha jangkauan mereka, Duta Generasi Warga Emas (SGA) yang terserempak dengan warga emas ini juga akan berkongsi tentang sumber kesihatan mental dalam masyarakat dan menggalak mereka untuk mendapatkan bantuan,” kata Cik Rahayu.

Bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk perkhidmatan kesihatan mental, Cik Rahayu berkata pemerintah menyasarkan untuk meningkatkan bilangan pakar psikiatri kira-kira 30 peratus kepada 260, dan bilangan pakar psikologi kira-kira 40 peratus kepada 300 di dalam sektor awam menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >