Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kediaman tertinggi S'pura bakal dibina di 8 Shenton Way

Oct 28, 2022 | 5:30 AM
KEDIAMAN TERTINGGI SINGAPURA: Reka bentuk bagi kediaman tertinggi di Singapura yang akan di bina di 8 Shenton Way.
KEDIAMAN TERTINGGI SINGAPURA: Reka bentuk bagi kediaman tertinggi di Singapura yang akan di bina di 8 Shenton Way. -

KEDIAMAN tertinggi Singapura akan dibina di 8 Shenton Way menjelang 2028.

Ia akan mengambil masa kurang satu minit dengan menaiki lif untuk sampai ke unit penthouse, yang berada di tingkat atas menara 305 meter itu.

Penthouse mewah yang menawarkan panorama Laut China Selatan itu akan mengalahkan Wallich Residence, yang berada di Guoco Tower dan paling tertinggi buat masa ini dengan ketinggian 283.7 meter.

Unit penthouse Wallich Residence itu berada di bahagian atas Menara Gucco setinggi 64 tingkat.

Ia telah dijual pada harga rekod $73.8 juta kepada pencipta British, Encik James Dyson, pada 2019.

Arkitek daripada firma seni bina Amerika, Skidmore, Owings & Merrill (SOM), yang mereka bentuk kedua-dua bangunan pencakar langit itu tidak ingin menyatakan apa yang akan ditawarkan oleh penthouse baru tersebut di bangunan tertinggi di bandar ini.

Mereka hanya mendedahkan reka bentuk bangunan itu semalam.

Dalam temu bual bersama akhbar The Straits Times Selasa lalu, rakan kongsi reka bentuk SOM, Encik Mustafa Abadan, dan ketua reka bentuk, Encik Nicolas Medrano, hanya mengatakan bahawa penthouse mewah itu akan menduduki tingkat paling atas di bangunan baru 63 tingkat itu.

Pembangunan bercampur penggunaan itu menempatkan ruang awam, pejabat, unit runcit, kediaman mewah dan hotel.

SOM, yang juga firma di sebalik Menara Burj Khalifa yang terkenal di Dubai, merupakan perunding reka bentuk seni bina yang bekerjasama dengan DCA Architects of Singapore, yang akan bertindak sebagai arkitek bangunan pencakar langit baru itu.

Bekas tapak AXA Tower yang dimiliki Alibaba Singapore dan Perennial Holdings serta konsortium pelabur akan menjadi persimpangan kawasan pusat perniagaan dengan Marina Bay.

Menurut para arkitek, alam semula jadi dan kemampanan adalah kuasa penggerak di sebalik reka bentuk itu.

Encik Mustafa berkata: "Dengan usaha untuk mencapai piawaian kemampanan bandar yang terbaru dan paling ketat, reka bentuk kami akan mewujudkan paradigma baru untuk reka bentuk tinggi yang berdaya tahan dan elegan di Singapura dan seterusnya."

Daripada pembuatan sisa sifar terracotta hingga ke penggunaan buluh terjurutera, reka bentuk ini bertujuan untuk mengurangkan kedua-dua karbon yang terkandung dan karbon operasi.

Para arkitek bertujuan untuk mendapatkan pensijilan kemampanan tertinggi daripada pihak Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg