Topik diikuti
Pergi ke BHkuKegembiraan berganda, sambut bayi kedua SG50
Kegembiraan berganda, sambut bayi kedua SG50
Kegembiraan berganda, sambut bayi kedua SG50
BAYI SG50: Cik Anisah (mendukung Adam Hariz) dan Encik Muhd Hafiz (mendukung Qurratu Ain Al-Adhawiyah) - bersama seorang lagi anak mereka, Muhd Aiman Nifail (kanan). Bersama mereka ialah Dr Jazlan. - Foto KHALID BABA -
Dec 13, 2015 | 5:30 AM
PADA 1 Januari lalu, Cik Anisah Zainol, 36 tahun, dan suami, Encik Muhd Hafiz Mohd Johari, 28 tahun, seronok menyambut Tahun Baru dengan kelahiran puteri mereka, Qurratu Ain Al-Adhawiyah, yang juga merupakan antara bayi SG50 pertama Singapura.
Kegembiraan pasangan itu berganda tahun ini apabila mereka menyambut ketibaan seorang lagi cahaya mata SG50, Adam Hariz, yang dilahirkan di Hospital Raffles pada 8.55 pagi semalam.
