Topic followed successfully
Go to BHkuKejayaan '3 dalam 1'
Premium
Kejayaan '3 dalam 1'
Tiga beradik raih ijazah sarjana muda secara serentak di NTU
Jul 31, 2016 | 5:30 AM
Kejayaan '3 dalam 1'

KEMERIAHAN BERGANDA: Saat yang membanggakan bagi ibu bapa, Encik Mohd Zakee (dua dari kiri) dan Cik Latifah (tiga dari kiri) apabila ketiga-tiga anak mereka, (dari kiri) Cik Siti Nur Amira, Encik Muhammad Hairul Izwan dan Encik Muhammad Hafiz, berjaya lulus dari NTU bersama-sama tahun ini. - Foto ihsan SITI NUR AMIRA MOHD ZAKEE -
SATU sambutan berganda bagi tiga beradik yang berjaya lulus daripada menara gading tempatan bersama-sama.
Kerja keras Encik Muhammad Hairul Izwan Mohd Zakee, 26 tahun; Encik Muhammad Hafiz, 25 tahun; dan Cik Siti Nur Amira, 23 tahun, akhirnya mendapat ganjaran apabila mereka lulus sarjana muda daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

