Bagi Cik Nur Aqilah Jamaludin, 33 tahun, dan adiknya, Cik Nur Aqidah Jamaludin, 23 tahun, nilai kejayaan seorang pendidik bukan diukur menerusi gred peperiksaan cemerlang.

Sebaliknya, sebagai guru di AWWA School @ Bedok, setiap kemajuan kecil yang ditunjukkan oleh pelajar mereka yang mempunyai autisme memberikan kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.