Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kekalkan tradisi inisiatif Ustaz Ali sejak 27 tahun lalu

Oct 17, 2022 | 5:30 AM
GOTONG-ROYONG JAYAKAN PROJEK AMAL: Penjualan nasi beriani amal Masjid Khadijah dijayakan dengan kehadiran lebih 300 jemaah dan sukarelawan dalam membantu memasak, mengedar dan membeli nasi-nasi amal tersebut. - Foto-Foto MASJID KHADIJAH
GOTONG-ROYONG JAYAKAN PROJEK AMAL: Penjualan nasi beriani amal Masjid Khadijah dijayakan dengan kehadiran lebih 300 jemaah dan sukarelawan dalam membantu memasak, mengedar dan membeli nasi-nasi amal tersebut. - Foto-Foto MASJID KHADIJAH -

SEKITAR 550 set nasi beriani amal Masjid Khadijah diedarkan semalam dalam usaha mengumpul dana penyelenggaraan dan pembangunan Masjid Khadijah.

Penjualan amal itu dijayakan dengan kehadiran lebih 300 jemaah dan sukarelawan dalam membantu memasak, mengedar dan membeli nasi-nasi amal tersebut, ujar Pengerusi Masjid Khadijah, Ustaz Dr Mohamed Ali.

Menurutnya, penjualan nasi amal ini adalah satu tradisi yang berterusan sejak 27 tahun lalu yang dirintis oleh Ustaz Ali Mohamed.

"Walaupun Ustaz Ali telah berundur sebagai pengerusi masjid, semangatnya terus kekal bersama Masjid Khadijah,'' ujar Ustaz Dr Mohamed.

Ustaz Ali juga telah mengundurkan diri sebagai pengerusi bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).

Sebagai Presiden Emeritus RRG, Ustaz Ali terus memastikan tradisi nasi amal itu diteruskan untuk membantu Masjid Khadijah menjalankan kerja-kerja naik taraf dan sebahagian daripada bangunan wakaf untuk dijadikan auditorium dan juga pusat sumber dan kaunseling RRG.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg