SEKITAR 550 set nasi beriani amal Masjid Khadijah diedarkan pada Ahad (16 Okt) dalam usaha mengumpul dana penyelenggaraan dan pembangunan masjid itu. Penjualan amal itu dijayakan dengan kehadiran lebih 300 jemaah dan sukarelawan dalam membantu memasak, mengedar dan membeli nasi amal tersebut, ujar Pengerusi Masjid Khadijah, Ustaz Dr Mohamed Ali. Menurutnya, penjualan nasi amal ini adalah satu tradisi yang berterusan sejak 27 tahun lalu yang dirintis Ustaz Ali Mohamed. "Walaupun Ustaz Ali telah berundur sebagai pengerusi masjid, semangatnya terus kekal bersama Masjid Khadijah,'' ujar Ustaz Dr Mohamed. Ustaz Ali juga telah mengundurkan diri sebagai pengerusi bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg