Kekang Covid-19: Ramai dapatkan oksimeter percuma

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kekang Covid-19: Ramai dapatkan oksimeter percuma

Jul 6, 2021 | 5:30 AM

Kekang Covid-19: Ramai dapatkan oksimeter percuma

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DAPATKAN OKSIMETER: Pengedaran oksimeter akan berlanjutan sehingga 5 Ogos di lebih 300 cawangan FairPrice, Sheng Siong, Giant, Cold Storage, Watsons, Unity dan Guardian. - Foto BH oleh NG SOR LUAN
DAPATKAN OKSIMETER: Pengedaran oksimeter akan berlanjutan sehingga 5 Ogos di lebih 300 cawangan FairPrice, Sheng Siong, Giant, Cold Storage, Watsons, Unity dan Guardian. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -

BEBERAPA barisan dilihat di beberapa pasar raya dan farmasi semalam pagi, semasa hari pertama pengedaran oksimeter percuma kepada setiap isi tumah untuk mengekang penyebaran jangkitan Covid-19.

Peranti itu memeriksa paras oksigen dalam darah dan boleh membantu mengesan tanda awal kemerosotan kesihatan.

Inisiatif ini diusahakan sedang timbulnya varian Covid-19 baru dan lebih berjangkit.

Ketika akhbar The Straits Times mengunjungi pasar raya dan farmasi di Bishan, Clementi dan Serangoon semalam, terdapat seramai 10 orang yang beratur di setiap cawangan untuk mendapatkan peranti tersebut.

Ramai antara mereka yang mengambil oksimeter itu merupakan golongan warga emas atau ahli keluarga yang mempunyai warga emas atau kanak-kanak di rumah.

Pengedaran peranti itu akan berlanjutan sehingga 5 Ogos di lebih daripada 300 cawangan FairPrice, Sheng Siong, Giant, Cold Storage, Watsons, Unity dan Guardian.

Risalah diedarkan di kotak surat setiap isi rumah antara 28 Jun dengan 3 Julai untuk membolehkan masing-masing menerima satu peranti.

Namun, beberapa penduduk secara tidak sengaja membuang risalah, yang merupakan satu-satunya cara untuk menuntut alat tersebut.

Yayasan Temasek mengatakan bahawa ia tidak dapat mengeluarkan yang baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg