Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelab 'bijak' HomeTeamNS dijangka siap pada 2020

Jul 12, 2018 | 2:31 PM
KELAB BARU HOMETEAMNS: Model kelab baru HomeTeamNS di Khatib yang dijangka siap menjelang 2020 dipamerkan semasa upacara pecah tanah di tapak binaan kelab itu.
KELAB BARU HOMETEAMNS: Model kelab baru HomeTeamNS di Khatib yang dijangka siap menjelang 2020 dipamerkan semasa upacara pecah tanah di tapak binaan kelab itu. - Foto SITI AISYAH NORDIN

KELAB baru HomeTeamNS yang menelan belanja $74 juta dijangka siap pada 2020.

Reka bantuk kelab lima tingkat yang terletak berdekatan stesen MRT Khatib itu didedahkan semasa upacara pecah tanah yang diadakan di tapak pembinaan kelab itu pagi tadi.

Kelab tersebut akan dilengkapi dengan keupayaan digital dan inovasi mesra alam.

Seramai 250,000 orang dijangka mengunjunginya setiap bulan.

Antara prasarana canggih yang dipaparkan rumah kelab tersebut termasuk Hab Kembara Dalam Bangunan empat tingkat seluas 2,800 meter persegi.

Selain itu, simulator taktikal yang meniru secara realistik persekitaran latihan akan disediakan bagi anggota Perkhidmatan Negara (NS) memperbaiki kemahiran menembak secara taktikal.

Kelab di Khatib itu merupakan salah satu daripada tiga kelab baru HomeTeamNS yang akan dibina dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Dua kelab yang lain akan dibina di kawasan Kolam Air Bedok dan Tengah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg