Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelas di RI disambung semula Isnin sebab tiada kelompok jangkitan Covid-19: MOE

Mar 1, 2020 | 3:14 PM
Meskipun Raffles Institution telah membersihkan perkarangan sekolah itu setiap hari, ia telah menggantung semua kelas pada Jumaat untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan lebih teliti sebagai langkah berwaspada.
Meskipun Raffles Institution telah membersihkan perkarangan sekolah itu setiap hari, ia telah menggantung semua kelas pada Jumaat untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan lebih teliti sebagai langkah berwaspada. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID

KELAS di Raffles Institution (RI) disambung semula pada Isnin (2 Mac) kerana tidak ada kelompok jangkitan Covid-19 jangkitan di sekolah itu dan pelajar yang dijangkiti koronavirus tersebut tidak aktif di sekolah semasa tidak sihat.

Sementara itu, kakitangan dan pelajar yang mempunyai hubungan dekat dan berterusan dengan pelajar yang dijangkiti akan dikuarantin atau diberikan cuti tanpa hadir.

Demikian antara sebab yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) di laman webnya pada pagi Ahad bagi menjelaskan mengapa sekolah itu dibuka semula selepas seorang pelajar RI berusia 12 tahun disahkan dijangkiti koronavirus itu pada Khamis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg