Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keldai wang dipenjara 4 tahun 10 bulan

Jan 25, 2019 | 5:48 PM
DIPENJARA: Looi Yu Chong yang mengaku bersalah terhadap satu tuduhan berurusan dengan hasil kegiatan jenayah berjumlah lebih $655,000 dipenjara.
DIPENJARA: Looi Yu Chong yang mengaku bersalah terhadap satu tuduhan berurusan dengan hasil kegiatan jenayah berjumlah lebih $655,000 dipenjara. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SEORANG keldai wang bagi sebuah sindiket jenayah antarabangsa, yang dikaitkan dengan satu kes penipuan melibatkan lebih $5 juta, telah berkunjung ke Singapura dua kali pada 2017 untuk mengambil wang tunai sebanyak lebih $1 juta.

Looi Yu Chong kemudian pulang ke Malaysia namun dibawa kembali ke Singapura selepas pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkapnya pada 16 Januari tahun lalu.

Hakim Daerah Victor Yeo menyifatkan tahap bahaya dalam kes Looi sebagai serius dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun 10 bulan ke atas lelaki berusia 21 tahun itu hari ini (25 Januari).

Looi mengaku bersalah terhadap satu tuduhan berurusan dengan hasil kegiatan jenayah berjumlah lebih $655,000.

Sementara itu, satu lagi tuduhan serupa melibatkan $500,000 turut dipertimbangkan hakim semasa menjatuhkan hukuman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg