Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelewatan terus dialami di Laluan Circle pada pagi Rabu

Aug 31, 2016 | 10:36 AM
Orang ramai di platform kereta api di stesen MRT Buona Vista Laluan Circle pada pagi Rabu (31 Ogos).
Orang ramai di platform kereta api di stesen MRT Buona Vista Laluan Circle pada pagi Rabu (31 Ogos). - GAMBAR (BUSES[IN]GAPORE!)/FACEBOOK

KELEWATAN terus dialami di Laluan Circle pada waktu sibuk pagi Rabu (31 Ogos), hari ketiga perkhidmatan terjejas disebabkan masalah pengisyaratan yang dilaporkan pada Isnin.

Pengendali kereta api SMRT tweet sejak petang Selasa bahawa penumpang boleh menjangka perjalanan lebih lama di Laluan Circle. Ia juga memberi amaran brek sekejap-sekejap boleh berlaku dan penumpang harus memegang selusur demi keselamatan mereka.

SMRT berkata masalah itu disebabkan kerosakan pengisyaratan melibatkan komunikasi tanpa wayar antara kereta api dan landasan.

Ia menghantar tweet pada 6.47 pagi Rabu, memberi amaran kepada penumpang supaya menjangka masa tambahan perjalanan tiga hingga lima minit.

Pada 8.40 pagi, ia menghantar tweet bahawa masa tambahan perjalanan ialah 10 minit.

Kemudian, pada 9.41 pagi, SMRT berkata penumpang juga boleh menjangka masa menunggu tambahan di stesen.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg