Keliru dengan aturan baru, restoran perlu tolak pelanggan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keliru dengan aturan baru, restoran perlu tolak pelanggan

Beberapa perniagaan terjejas dengan langkah pengurusan selamat berbeza
Aug 17, 2021 | 5:30 AM

Keliru dengan aturan baru, restoran perlu tolak pelanggan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
6e599019-1d84-41b7-84cb-38a999cfb9ff
-

TERDAPAT pelanggan yang masih keliru tentang kelonggaran terhadap sekatan Covid-19 terutama di premis makanan dan minuman (F&B).

Beberapa pemilik syarikat F&B yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata mereka terpaksa menolak sejumlah pelanggan pada hujung minggu lalu disebabkan kekeliruan langkah pengurusan selamat yang berbeza untuk mereka yang telah mendapatkan vaksinasi penuh dan mereka yang belum.

Disebabkan masalah ini juga, perniagaan di beberapa restoran ini turut terjejas dan mereka masih belum mampu mendapatkan jumlah pelanggan seperti yang diharapkan.

Pemilik I Am Cafe, Encik Jamuri Busori berkata mereka tidak dapat menerima lebih dari 10 pelanggan kerana mereka telah menunjukkan status vaksinasi yang tidak sah.

Menurut beliau lagi, beberapa pelanggan yang tidak divaksin sepenuhnya juga telah ke restorannya secara berpasangan kerana mereka menganggap restoran yang tidak berhawa dingin itu merupakan kedai kopi.

"Kami menyediakan ruang terbuka atau alfresco dan tempat berhawa dingin, oleh itu beberapa pelanggan berpendapat bahawa mereka yang tidak divaksinasi boleh duduk di ruang terbuka itu," kata beliau.

Awal bulan ini, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 mengumumkan lebih banyak kelonggaran terhadap sekatan Covid-19 bermula minggu lalu. Dengan sebahagian besar daripadanya khusus untuk individu yang telah melengkapkan kededua dos vaksinasi Covid-19.

Had makan luar dua orang semeja dikenakan sekali lagi di pusat makanan dan kedai kopi.

Di premis F&B lain, dengan sistem pemeriksaan status vaksinasi pelanggan, sehingga lima orang boleh duduk semeja jika kesemuanya telah lengkap divaksinasi; telah pulih daripada Covid-19; atau mempunyai keputusan ujian praacara (PET) negatif.

Bagi menangani masalah ini, Encik Jamuri berkata garis panduan ini perlu diperkemaskan lagi agar tidak menimbulkan kekeliruan sebegini.

"Jadikan peraturan lebih mudah untuk diikuti oleh semua perniagaan F&B dan pelanggan mereka. Terdapat kekeliruan terhadap makan di ruang terbuka dan di pusat penjaja atau kedai kopi," ujarnya.

Bersependapat, ketua pegawai operasi Tang Tea House, Cik Sharonne Ong pula berkata:

"Saya rasa garis panduan yang dikenakan di pusat makanan dan kedai kopi menimbulkan kekeliruan bagi syarikat F&B lain seperti kami yang tidak terletak di pusat membeli-belah dan juga menyediakan ruang terbuka.

"Oleh disebabkan perkara ini, ada pelanggan yang berpendapat bahawa kami hanya menyukarkan keadaan.

"Peraturan makan di luar perlu diperkemaskan... ia sepatutnya menetapkan had dua orang bagi mereka yang belum divaksinasi bagi semua perniagaan F&B dan lima orang bagi mereka yang telah mendapatkan vaksinasi penuh dengan sistem untuk memeriksa status vaksinasi mereka," kata Cik Ong.

Menurut pemilik restoran Spize, Encik Haresh Sabnani, selain isu kekeliruan langkah terbaru ini, antara masalah lain yang juga dialami perniagaan F&B adalah kes penipuan sijil vaksinasi.

"Mereka menunjukkan tangkap layar sijil vaksinasi yang palsu atau menggunakan sijil orang lain.

"Sebagai contoh, seorang bapa pernah menyuruh anaknya berkata bahawa beliau berusia bawah 12 tahun. Namun setelah pemeriksaan, kami mendapati anaknya itu sebenarnya berusia lebih 12 tahun," kongsi Encik Haresh.

Untuk mengelak penipuan seperti ini terjadi, beliau berkata restorannya telah menugaskan seorang pekerjanya untuk membuat pemeriksaan status vaksinasi sebelum pelanggan dibenarkan masuk.

Perniagaan F&B boleh mengesahkan status vaksinasi pelanggan melalui aplikasi TraceTogether atau HealthHub, kad vaksinasi Covid-19 fizikal, atau dengan mengimbas token TraceTogether.

Seseorang itu dianggap telah divaksinasi sepenuhnya dua minggu setelah menerima dua dos vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty atau Moderna, atau vaksin lain di bawah Senarai Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO EUL) (contoh seperti AstraZeneca, Janssen, Sinopharm, Sinovac).

Tanda hijau dalam aplikasi menunjukkan bahawa individu tersebut telah mendapat dua dos suntikan penuh.

Perniagaan F&B ini juga boleh menerima pelanggan yang mempunyai keputusan ujian praacara (PET) negatif dari penyedia ujian yang diluluskan Kementerian Kesihatan (MOH) dan boleh digunakan dalam tempoh 24 jam.

"Kami menyediakan ruang terbuka atau alfresco dan tempat berhawa dingin, oleh itu beberapa pelanggan berpendapat bahawa mereka yang tidak divaksinasi boleh duduk di ruang terbuka itu." - Pemilik I Am Cafe, Encik Jamuri Busori.

"Peraturan makan di luar perlu diperkemaskan... ia sepatutnya menetapkan had dua orang bagi mereka yang belum divaksinasi bagi semua perniagaan F&B dan lima orang bagi mereka yang telah mendapatkan vaksinasi penuh dengan sistem untuk memeriksa status vaksinasi mereka." - Ketua pegawai operasi Tang Tea House, Cik Sharonne Ong.

"Mereka menunjukkan tangkap layar sijil vaksinasi yang palsu atau menggunakan sijil orang lain. Sebagai contoh, seorang bapa pernah menyuruh anaknya berkata bahawa beliau berusia bawah 12 tahun. Namun setelah pemeriksaan, kami mendapati anaknya itu sebenarnya berusia lebih 12 tahun." - Pemilik restoran Spize, Encik Haresh Sabnani.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg