Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelompok Covid-19 di CGH: Semua 14 kakitangan sudah divaksin, kebanyakan dari rakan kerjasama khidmat luar

Sep 4, 2021 | 5:45 PM
Foto BH oleh GIN TAY
Foto BH oleh GIN TAY -

HOSPITAL Besar Changi (CGH) kekal selamat bagi lawatan pengunjung di sebalik kelompok baru dikenal pasti di hospital itu pada Jumaat (3 September).

Pada Sabtu (4 September), CGH berkata 14 kes dalam kelompok itu semuanya melibatkan kakitangan CGH, kebanyakannya daripada rakan kerjasama khidmat luar.

"Kakitangan ini bertugas di besmen hospital dan tidak mempunyai interaksi langsung dengan pesakit dalam bidang tugas mereka. Hampir kesemuanya sudah divaksin penuh dan mereka juga patuh pada langkah pengurusan selamat. Tiada yang sakit tenat, kebanyakannya kerana sudah divaksin," tambah CGH dalam kenyataannya.

Kawasan klinikal tidak terjejas manakala hospital ini kekal selamat bagi janji temu klinikal dan lawatan wad dengan garis pandu lawatan yang sedia ada itu diikuti, tambah CGH.

Ia menambah langkah berjaga-jaga seperti pembersihan rapi dan penyahjangkitan kawasan relevan sudah diselesaikan.Protokol kawalan jangkitan juga dilaksanakan di premis hospital.

CGH kini menjejak kontak dan menjalankan ujian bagi mengekang jangkitan.

Katanya: "Ujian swab sudah sepenuhnya selesai buat kakitangan CGH yang bertugas di besmen. Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, semua kakitangan CGH termasuk rakan kerjasama khidmat luar akan menjalani ujian pantas antigen yang ditadbir sendiri (ART)."

CGH berkata ujian ini adalah selain rejim ujian rutin yang dijadualkan dan sudah dikendalikan ke atas kakitangan yang berinteraksi dengan pesakit.

Kakitangan yang dikenal pasti sebagai kontak rapat individu yang dijangkiti sudah diberi perintah kuarantin atau cuti tanpa kehadiran sambil menanti siasatan lanjutan dijalankan.

Pihak hospital sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) manakala siasatan epidemiologi bagi kes positif diteruskan.

CGH menggesa anggota masyarakat yang belum menjalani vaksinasi agar berbuat demikian kerana vaksinasi adalah bukti kesan jangkitan dapat dikurangkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg