Kelompok Covid-19 di Hospital Masyarakat Yishun: 4 kes dalam wad dengan warga emas berusia lebih 60 tahun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelompok Covid-19 di Hospital Masyarakat Yishun: 4 kes dalam wad dengan warga emas berusia lebih 60 tahun

Aug 2, 2021 | 10:46 PM

Kelompok Covid-19 di Hospital Masyarakat Yishun: 4 kes dalam wad dengan warga emas berusia lebih 60 tahun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN
Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -

KELOMPOK baru jangkitan Covid-19 yang terbentuk dan dikenal pasti pada Ahad (1 Ogos) di Hospital Masyarakat Yishun menular di wad yang mempunyai 32 pesakit yang kebanyakannya berusia melebihi 60 tahun.

Ini didedahkan jurucakap hospital berkenaan, menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, pada Isnin.

Menurut jurucakap itu, pesakit wad terdiri daripada mereka yang sama ada telah menerima satu atau dua suntikan vaksin dengan yang lain belum menjalani vaksinasi.

Menyusuli pengesanan itu, semua pesakit di wad D98 itu kini dikuarantin. Lawatan ke wad itu juga dihentikan.

Pihak hospital menambah, lebih 300 kakitangannya yang berurusan di wad itu buat tempoh dua minggu lalu telah diuji dengan kesemua hasilnya negatif.

Selepas pesakit pertama diuji positif bagi Covid-19 pada 30 Julai, semua pesakit lain di wad itu yang menyediakan khidmat jagaan dan pemulihan separa akut juga diuji.

Tiga daripada mereka yang tidak menampakkan tanda jangkitan diuji positif Covid-19 manakala yang lain tidak dikesan dengan virus tersebut.

Sehingga Isnin, jumlah pesakit berkaitan dengan kelompok itu kekal pada empat kes.

Ujian semula akan dikendalikan secara lanjutan sebagai perlindungan tambahan, ujar jurucakap hospital, sedang siasatan bagaimana kelompok itu dibentuk masih diteruskan.

Pihak hospital berkata: "Kami sudah memberitahu keluarga empat pesakit itu untuk memberi mereka bantuan dan sokongan. Kami sedang menjalankan urusan alternatif buat semua pesakit yang terjejas agar terus berhubungan dengan keluarga mereka."

Ia menambah semua kakitangan yang bertugas di wad itu kini harus menggunakan peralatan perlindungan peribadi penuh. Ia juga berkata ia akan memperkukuh kepentingan berpandukan langkah kawalan jangkitan tegas dan garis panduan pengurusan selamat buat kakitangannya.

Kelompok di hospital itu muncul dalam usaha mendapatkan lebih ramai warga emas agar menjalani vaksinasi. Kementerian Kesihatan (MOH) telah berulang kali menjelaskan bahawa warga emas berisiko paling tinggi membangun jangkitan serius jika mereka menghidap Covid-19, di mana vaksin berkenaan membantu memperbaiki keadaan.

Lebih 96,000 warga emas atau 21 peratus daripada mereka yang berusia 70 tahun ke atas belum menempah janji temu vaksinasi.

Hospital Masyarakat Yishun bukanlah hospital pertama dengan penularan kes Covid-19 di premisnya. Sebelum ini, kelompok terbentuk di Hospital Besar Changi dan Hospital Tan Tock Seng.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg