Kelompok Covid-19 TTSH: Semua pesakit, kakitangan jalani ujian swab jelang hujung minggu ini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelompok Covid-19 TTSH: Semua pesakit, kakitangan jalani ujian swab jelang hujung minggu ini

Apr 30, 2021 | 9:35 PM

Kelompok Covid-19 TTSH: Semua pesakit, kakitangan jalani ujian swab jelang hujung minggu ini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto THE STRAITS TIMES
Foto THE STRAITS TIMES -

KESEMUA 1,100 pesakit dan 4,500 kakitangan wad di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) akan menjalani ujian swab hujung minggu ini sebagai sebahagian latihan pemeriksaan beramai-ramai bagi mengelak jangkitan Covid-19 daripada merebak menerusi kelompok yang terbentuk.

Demikian jelas Ketua Eksekutif TTSH, Dr Eugene Soh pada Jumaat (30 April).

Kelompok ini terbentuk menyusuli pengesanan jangkitan Covid-19 ke atas seorang jururawat yang bertugas di wad awam. Empat lagi kakitangan TTSH telah disahkan positif koronavirus dengan keseluruhan jumlah kes dalam kelompok TTSH mencecah 13 kesemuanya di hospital ini.

Ujian beramai-ramai di TTSH bermula Khamis (29 April). Hospital itu kini tidak membenarkan pengunjung ke wad-wadnya hingga satu tarikh yang bakal ditetapkan.

"Kesemua pesakit yang dimasukkan ke TTSH menjalani ujian swab menjelang petang Jumaat manakala kesemua 4,500 kakitangan hospital ini akan selesai menjalani ujian swab pada hujung minggu ini," kata Dr Soh.

Beliau yang menjelaskan keadaan di TTSH dalam satu sidang maya pasukan bertindak berbilang kementerian berkata, pihaknya telah mengenal pasti kontak rapat kes positif itu. Katanya, 61 pesakit termasuk kes yang disahkan telah dipindahkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Hospital ini juga telah memastikan 76 kakitangan yang mempunyai kontak dengan kes terbabit diberi cuti ketidakhadiran sementara menanti perintah kuarantin. Lebih ramai kakitangan TTSH, jelasnya, mungkin akan diberi cuti ketidakhadiran dan perintah kuarantin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg