Kelompok jangkitan Covid-19 terbesar di T3, Lapangan Terbang Changi kini 95 kes, tambahan 7 kes baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelompok jangkitan Covid-19 terbesar di T3, Lapangan Terbang Changi kini 95 kes, tambahan 7 kes baru

May 20, 2021 | 12:46 AM

Kelompok jangkitan Covid-19 terbesar di T3, Lapangan Terbang Changi kini 95 kes, tambahan 7 kes baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
FOTO TERMINAL 3, LAPANGAN TERBANG CHANGI oleh MARK CHEONG
FOTO TERMINAL 3, LAPANGAN TERBANG CHANGI oleh MARK CHEONG -

TUJUH lagi kes yang sudah dikuarantin dikesan berkait dengan kelompok jangkitan Covid-19 terbesar di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.

Ini menjadikan keseluruhan angka dalam kelompok ini mencecah 95 kes keseluruhannya, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Rabu malam (19 Mei).

Tujuh kes yang baru dikenal pasti ini adalah:

1. Wanita warga Filipina berusia 31 tahun yang bertugas sambilan di kedai Nana's Green Tea di DUO Galleria. Beliau adalah anggota keluarga salah satu kes sebelum ini.

2. Wanita warga China berusia 33 tahun yang bertugas sebagai pegawai pemeriksaan di AFPD Pte Ltd. Beliau kontak isi rumah yang sama dengan kes sebelum ini.

3. Pelajar perempuan 12 tahun dari Sekolah Rendah White Sands. Dia anggota keluarga salah satu kes sebelum ini.

4. Lelaki Singapura berusia 46 tahun yang bertugas sebagai jurulatih renang. Beliau adalah anggota keluarga dua kes yang dikesan sebelum ini. Beliau telah menerima suntikan vaksin Covid-19 yang pertama pada 13 April disusuli dengan suntikan kedua pada 11 Mei.

5. Pelajar lelaki berusia 11 tahun dari Sekolah St Stephen. Dia adalah anggota keluarga kes sebelum ini.

6. Pelajar perempuan berusia 12 tahun yang menuntut di Sekolah Rendah St Anthony Canossian. Dia adalah anggota keluarga kes sebelum ini.

7. Lelaki Singapura berusia 62 tahun yang bekerja sebagai atendan di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi. Beliau berada dalam isi rumah yang sama dengan kes sebelum ini dan dikuarantin. Beliau telah menerima suntikan vaksin pertama pada 28 Januari disusuli suntikan kedua pada 18 Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg