Kelompok pertanian-makanan berteknologi tinggi akan dibangunkan di Lim Chu Kang
Premium
Kelompok pertanian-makanan berteknologi tinggi akan dibangunkan di Lim Chu Kang
SFA: Pelan induk akan saksikan kawasan hasilkan lebih tiga kali jumlah makanan berbanding sekarang
Oct 3, 2020 | 5:30 AM
DIBANGUNKAN SEMULA: Menurut SFA, kebun sayur berteknologi tinggi berpotensi menghasilkan lebih 1,000 tan sayur bagi setiap hektar setahun, dengan menggunakan kurang sehektar tanah. - Foto fail -
TANAH seluas 390 hektar, atau hampir empat kali Taman Di Pesisiran, di Lim Chu Kang akan dibangunkan semula di bawah satu pelan induk untuk mewujudkan sebuah kelompok pertanian-makanan berteknologi tinggi dalam beberapa tahun akan datang untuk mempertingkat usaha penghasilan makanan setempat, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) menerusi satu kenyataan semalam.
Usaha ini akan meningkatkan daya penghasilan kawasan Lim Chu Kang yang kini menempatkan beberapa ladang dan kebun tradisional.

