IBU kepada empat anak kecil Cik Wan Aloeiyah Warki, telah menerima menerima Baucar GST (GST) $700 minggu lepas dan membelanjakan secara berhemah untuk perbelanjaan sekolah anaknya.
"Terima kasih kepada pemerintah dengan wang ini untuk kurangkan kos kenaikan harga barang.
"Saya belanjakan wang untuk keperluan harian keluarga seperti barangan runcit serta beberapa pakaian untuk anak-anak yang semakin membesar," dedah Cik Wan Aloeiyah, 40 tahun.
Beliau berkongsi perbelanjaan keperluan harian kini semakin meningkat dan mula merasa kesannya.
Dalam mempersiapkan diri untuk pembukaan semula sekolah tahun depan, beliau menggunakan wang itu untuk membeli set pakaian sekolah dan alat tulis tambahan.
Umur empat anaknya yang bersekolah itu adalah antara tiga hingga 12 tahun.
"Satu set pakaian sekolah berharga lebih daripada $20," tambahnya.
Seorang lagi keluarga yang baru berpindah ke flat BTO 4 bilik mereka di Tampines telah menerima GSTV bernilai $450 ialah Cik Siti Nur Iliyana, 33 tahun.
"Kami memutuskan untuk menggunakannya untuk membayar bil dan barangan rumah," kata Cik Siti Nur yang juga ibu kepada dua anak dan bekerja sebagai jururawat kanan.
Mereka adalah 2.5 juta rakyat Singapura telah mendapat wang tunai sehingga $700 bulan ini sebagai sebahagian daripada pakej pemerintah untuk mengimbangi kesan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan membantu orang ramai menghadapi peningkatan kos.
Keluarga-keluarga yang layak akan menerima Baucar GST Tambahan (U-Save) sehingga $95 untuk mengimbangi bil api air dan elektrik, selain daripada rebat U-Save pada Januari 2023.
Setiap keluarga rakyat Singapura akan menerima baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) sebanyak $300, yang boleh digunakan di kedai-kedai dan penjaja di estet HDB yang menyertai skim ini, serta di pasar raya.
Februari depan, rakyat warga emas Singapura berpendapatan rendah akan menerima wang tunai sehingga $300 di bawah GSTV - Tunai (Bonus Warga Emas).
Warga emas yang layak yang berusia 55 tahun dan ke atas, serta kanak-kanak berusia 20 tahun dan ke bawah, akan menerima $150 ke dalam Akaun Medisave di bawah Pakej Jaminan Medisave.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg