Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keluarga kehilangan kebanyakan barang dalam kebakaran di Boon Lay

Jul 17, 2019 | 8:02 AM
HANGUS: Akibat kebakaran di flat keluarga Encik Rohisyam di Boon Lay Drive, hampir semua barang milik mereka hangus dijilat api.
HANGUS: Akibat kebakaran di flat keluarga Encik Rohisyam di Boon Lay Drive, hampir semua barang milik mereka hangus dijilat api. - Foto JASON QUAH

BEBERAPA jam selepas kebakaran di flat tingkat empat mereka di Boon Lay kelmarin (15 Julai), keluarga Encik Che Rohisyam Che Zain, 37 tahun, kembali ke rumah mereka dan mendapati bahawa kebanyakan barang milik mereka sudah hangus dijilat api.

Isterinya, Cik Assirah Ekbal, 35 tahun, berkata beliau mencari beg tangannya yang mengandungi wang sekitar $800 dalam flat sewa di Blok 191 Boon Lay Drive itu tetapi tidak berjaya menemuinya.

Dalam kejadian sekitar 10 malam itu, enam orang cedera manakala sekitar 100 penduduk dipindahkan.

Keluarga itu bagaimanapun tidak tahu apa punca kebakaran itu, lapor akhbar The Straits Times.

Watch on YouTube

Cik Assirah berkata mereka juga tidak mengecas alat elektrik dalam bilik tidur ketika itu.

Pasangan suri rumah dan pemandu bas itu mempunyai empat anak yang berumur antara empat dengan 10 tahun.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang menyiasat punca kebakaran itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg