Keluarga sambut Hari Keluarga Tiri Nasional buat kali pertama
Keluarga sambut Hari Keluarga Tiri Nasional buat kali pertama
Sep 16, 2017 | 4:43 PM

HARI KELUARGA TIRI: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menyertai lebih 20 keluarga berkumpul di Pantai Palawan di Sentosa pagi tadi untuk menyambut Hari Keluarga Tiri Nasional bersama. - Foto Johari Rahmat
PERSATUAN Pemudi Islam Singapura (PPIS) berharap dapat meningkatkan kesedaran, memupuk rasa cinta dan kasih sayang serta memberi sokongan padu ke arah membentuk dan membangun kehidupan keluarga tiri yang berjaya.
Meskipun kehadiran keluarga tiri jelas wujud di kalangan masyarakat, pengalaman yang mereka lalui masih tidak begitu diketahui. Cabaran unik mereka dalam menyesuaikan diri mungkin kurang difahami masyarakat umum.
Maka itu bagi membolehkan keluarga tiri agar lebih berdaya tahan dalam masyarakat, Vista Sakinah - pusat bagi perkahwinan semula dan keluarga tiri - buat julung kalinya mengadakan Hari Keluarga Tiri 2017 di Pantai Palawan, Sentosa, pagi tadi.

