Keluarga susah di Bukit Batok dapat barang keperluan percuma
Premium
Keluarga susah di Bukit Batok dapat barang keperluan percuma
Apr 19, 2016 | 5:30 AM
CALON AP PAP TURUN PADANG: Cik Sufiah (kiri) dapat memilih barang dapur yang diperlukannya di acara We Care, We Share@Bukit Batok. Beliau dilihat bersama seorang relawan dan Encik Murali yang mendukung anak Cik Sufiah. - Foto ERVINA MOHD JAMIL -
DENGAN dua anak kecil dan bapanya yang menghidap penyakit kronik yang menyebabkan beliau sukar bergerak sendiri, bukan mudah bagi Cik Sufiah Md Salleh keluar membeli barang dapur.
Oleh itu, ibu tunggal berusia 31 tahun itu bersyukur terdapat usaha seperti We Care, We Share@Bukit Batok yang dapat meringankan sedikit beban yang dipikul.

