Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keluarga titipan buka hati, rumah sambut Tahun Baru Cina

Feb 12, 2021 | 2:33 PM
Lukisan Jodie, yang menyambut Tahun Baru Cina buat kali pertama bersama keluarga titipannya tahun ini, memaparkan warna terang yang melambangkan keluarga bahagia menyambut perayaan itu.
Lukisan Jodie, yang menyambut Tahun Baru Cina buat kali pertama bersama keluarga titipannya tahun ini, memaparkan warna terang yang melambangkan keluarga bahagia menyambut perayaan itu. - FOTO Facebook / Masagos Zulkifli

SEDANG Tahun Baru Cina disambut berbeza sedikit tahun ini, masyarakat Cina di sini masih dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil mematuhi langkah pengurusan selamat untuk mengawal penularan Covid-19.

Malah, ada juga akan meluangkan masa bersama keluarga baru mereka.

Ini termasuk Jodie, 11 tahun, yang menyambut Tahun Baru Cina buat kali pertama bersama keluarga titipannya tahun ini.

Berkongsi lukisan Jodie di laman Facebook beliau hari ini (12 Februari), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata ibu bapa titipan kanak-kanak itu menemui bakat seninya dan menggalaknya terus menceburi minat dalam bidang lukisan.

Lukisan Jodie memaparkan warna terang yang melambangkan keluarga bahagia menyambut perayaan itu.

"Jodie merupakan sumber inspirasi bagi kita semua di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

"Kami mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa titipan kerana membuka hati dan rumah mereka kepada kanak-kanak seperti Jodie," ujar Encik Masagos yang turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg