Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keluhan bertukar marah bagi warga Sri Lanka...

Jul 16, 2022 | 5:30 AM
SERTAI TUNJUK PERASAAN: Warga Sri Lanka dari pelbagai latar belakang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan demi menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap pemerintah negara itu. - Foto-foto ihsan HASINAH MOHAMED & SHABNAM MUZAMMIL
SERTAI TUNJUK PERASAAN: Warga Sri Lanka dari pelbagai latar belakang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan demi menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap pemerintah negara itu. - Foto-foto ihsan HASINAH MOHAMED & SHABNAM MUZAMMIL -

DARIPADA menaiki kenderaan kepada hanya mampu mengayuh basikal atau berjalan kaki untuk ke tempat kerja - semuanya gara-gara bekalan petrol yang tidak mencukupi.

Bagi warga Sri Lanka yang juga penduduk tetap (PR) Singapura seperti Cik Shabnam Muzammil, 35 tahun, keperluan harian asas seperti gas dan minyak yang sukar didapatkan sekarang hanya menambah kepada kemarahan dan kekecewaan mereka terhadap pemerintah negara itu.

Dek kekecewaan yang semakin memuncak itu, tercetuslah apa yang disebut di Sri Lanka sebagai Aragalaya atau 'Revolusi Rakyat'.

"Tunjuk perasaan itu bermula sebagai cara orang ramai meluahkan ketidakpuasan mereka terhadap cara isu-isu diuruskan pemerintah di Sri Lanka.

"Kekecewaan mencapai kemuncaknya... kami tidak mempunyai minyak, gas... ada pemotongan elektrik sampaikan kami tidak mempunyai elektrik selama 12, 13 jam sehari," kongsi Cik Shabnam, seorang penulis kreatif, kepada Berita Harian (BH).

Apa yang bermula sebagai tunjuk perasaan yang aman bertukar menjadi ganas sehingga Encik Gotabaya Rajapaksa akhirnya meletakkan jawatan sebagai Presiden Sri Lanka selepas melarikan diri susulan protes besar-besaran warganya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg