MULAI esok, kelulusan kemasukan bagi warganegara bukan Singapura dan penduduk tidak tetap dari India akan dikurangkan sebagai respons kepada keadaan Covid-19 yang kian buruk di sana dan kemunculan varian virus baru, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.
Semua pelawat yang memasuki Singapura dari India juga perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) tambahan selama tujuh hari di kediaman mereka, bermula dari 11.59 malam.
Mereka masih perlu menjalani SHN 14 hari di kemudahan khusus dan pelawatan yang belum melengkapkan SHN 14 hari juga perlu menjalani SHN tambahan tujuh
Pelawat itu akan diuji bagi Covid-19 pada akhir tempoh SHN 14 hari dan sekali lagi pada akhir SHN tambahan tujuh hari.
Pekerja migran dari India yang bekerja dalam sektor binaan, marin dan pemprosesan masih perlu menjalani SHN 21 hari.
Menurut MOH, langkah-langkah itu mengehadkan risiko mengimport virus dan melindungi kesihatan awam.
Sementara itu, tempoh SHN bagi pelawat dari Hong Kong akan dikurangkan dari 14 hari kepada tujuh hari disebabkan keadaan Covid-19 bertambah baik di sana, dan SHN juga dapat dilaksana di tempat kediaman masing-masing jika didapati sesuai.
Langkah berkenaan dikenakan kepada setiap pelawat yang berada di Hong Kong dalam tempoh 14 hari lalu dan memasuki Singapura dari 11.59 malam esok.
Mulai waktu itu juga, Singapura akan membenarkan kemasukan dan perjalanan transit pemegang pas tempoh panjang dan pelawat tempoh pendek yang mempunyai sejarah perjalanan ke Britain dan Afrika Selatan baru-baru ini.
MOH berkata: "Bagi memudahkan perjalanan rasmi kritikal dan penting dengan cara selamat dan tersusun, individu yang diberi vaksin sepenuhnya dalam perjalanan rasmi ke luar negara, seperti ke negara/wilayah berisiko tinggi, akan diminta mengikuti jadual terkawal ketika berada di luar negara, selain menjalani rejim ujian saringan ketat dan tempoh pengasingan diri selama tujuh hari setelah mereka kembali."
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg