Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemahiran dwibahasa ‘cool’, Duta Bahasa galak belia kekalkan bahasa ibunda

Penguasaan bahasa, penglibatan Dr Fadzil Hamzah dalam masyarakat diiktiraf
Jul 12, 2024 | 5:30 PM
Sebagai Duta Bahasa 2024, Dr Fadzil Hamzah mahu mengajak anak-anak muda berbicara dalam bahasa Melayu dan menepis tanggapan yang ia tidak ‘cool’. Gambar diambil semasa acara anjuran Persatuan Rakyat (PA) dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kaki Bukit pada 2022, yang menyaksikan Dr Fadzil menjadi anggota panel.
Sebagai Duta Bahasa 2024, Dr Fadzil Hamzah mahu mengajak anak-anak muda berbicara dalam bahasa Melayu dan menepis tanggapan yang ia tidak ‘cool’. Gambar diambil semasa acara anjuran Persatuan Rakyat (PA) dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kaki Bukit pada 2022, yang menyaksikan Dr Fadzil menjadi anggota panel. - Foto ihsan DR FADZIL HAMZAH

Dalam urusan hariannya sebagai doktor pakar dalam sukan dan perubatan senaman, Dr Fadzil Hamzah berpeluang menggunakan bahasa Melayu untuk menyelami secara terperinci masalah pesakit Melayu.

Mereka yang lebih berusia tampak lebih fasih bertutur dalam bahasa ibunda.

Dr Fadzil, 43 tahun, yang merupakan doktor di Jabatan Perubatan Sukan dan Senaman di Hospital Besar Changi (CGH), dilantik sebagai Duta Bahasa 2024 semasa pengumuman media pada 12 Julai di The POD di Bangunan Perpustakaan Negara. 

Beliau yang juga menggalas tugas sebagai ketua operasi bagi Pusat Perubatan Sukan dan Senaman Singapura di Hospital Besar Singapura, merupakan doktor keempat yang dilantik sebagai Duta Bahasa, selepas Dr Jazlan Joosoph, Dr Elly Sabrina dan Dr Nur Farhan Alami.

Duta Bahasa dilantik oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) dan Jawatankuasa Bulan Bahasa berdasarkan penguasaan dan minat mereka terhadap bahasa Melayu, serta penglibatan mereka dalam masyarakat.

Sejak 2010, lebih daripada 40 individu telah dilantik sebagai Duta Bahasa.

Antara mereka ialah penyampai dan penerbit berita di Berita Mediacorp, Cik Nursha Ismail, dan pakar obstetrik dan ginekologi di Hospital Raffles, Dr Jazlan.

Dalam satu temu bual bersama Berita Harian (BH), Dr Fadzil, yang juga menjaga kesihatan olahragawan Singapura, berkata cara beliau bertutur semasa sesi konsultasi bersama pesakit memainkan peranan besar dalam kerjayanya sebagai pakar perubatan sukan dan senaman.

Menurutnya, beliau mampu memahami kebimbangan pesakit semasa konsultasi secara lebih mendalam.

Contohnya, bagi pesakit Melayu/Islam yang mengalami sakit lutut, Dr Fadzil dapat memahami keadaan pesakit berhubung mobiliti.

Selain kesihatan, pesakit Melayu/Islam juga sering duduk di lantai semasa gotong-royong bersama keluarga dan juga rukuk ketika solat.

Sebagai Duta Bahasa, Dr Fadzil berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat, terutama dengan golongan belia.

“Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa kebolehan bertutur dalam bahasa ibunda dan bahasa Inggeris adalah satu kemahiran yang ‘cool’. Apa kata kita cuba?” kata Dr Fadzil.

Lantaran itu, beliau mengajak belia dan masyarakat Melayu Singapura mengekalkan bahasa ibunda dengan menggunakannya semasa kegiatan harian, sedikit demi sedikit, bak pepatah, genggam bara api biar sampai jadi arang.

Dalam pada itu, Dr Fadzil juga aktif dalam kerja kemasyarakatan dan akar umbi.

Antara lain, beliau ialah ketua penjagaan kesihatan bagi bandar M Kuasa Tiga (M³) di Bedok dan Tampines serta Anggota Lembaga Reben Kuning Singapura (YRSG), Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan) dan pemimpin akar umbi di Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Tampines Central.

“Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa kebolehan bertutur dalam bahasa ibunda dan bahasa Inggeris adalah satu kemahiran yang ‘cool’. Apa kata kita cuba?”
Dr Fadzil Hamzah, Duta Bahasa 2024.
Laporan berkaitan
Mahu dorong belia dekati bukuAug 1, 2023 | 7:15 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg