Kemajuan menyerlah, tapi perlu baiki lagi prestasi Matematik, Sains
Premium
Kemajuan menyerlah, tapi perlu baiki lagi prestasi Matematik, Sains
Yaacob: Antara pencapaian bertambah pelajar Melayu lanjut pelajaran peringkat posmenengah
Oct 7, 2016 | 5:30 AM

-
PRESTASI pendidikan anak Melayu telah meningkat dengan luar biasa sepanjang sedekad lalu meskipun ada lagi ruang untuk diperbaiki, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.
"Terdapat peningkatan dalam semua tahap. Ini menunjukkan masyarakat kian maju. Kita boleh berhujah sama ada kemajuan ini pantas atau perlahan tetapi saya gembira kerana ia menunjukkan usaha yang kita lakukan sepanjang 10 tahun lalu membuahkan hasil," katanya.

