Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemalangan di AYE: Lelaki 53 tahun diberkas

Dec 19, 2016 | 4:06 PM
NAHAS DI AYE: Gambar kiri menunjukkan seorang lelaki ditahan oleh seorang pegawai polis di tempat kejadian sementara gambar kanan menunjukkan lorong kiri di lebuh raya AYE yang ditutup kerana kemalangan yang menyebabkan seorang lelaki terkorban. - Foto FACEBOOK
NAHAS DI AYE: Gambar kiri menunjukkan seorang lelaki ditahan oleh seorang pegawai polis di tempat kejadian sementara gambar kanan menunjukkan lorong kiri di lebuh raya AYE yang ditutup kerana kemalangan yang menyebabkan seorang lelaki terkorban. - Foto FACEBOOK -

SEORANG lelaki berusia 53 tahun yang merupakan pemandu kereta Mercedes berwarna perak yang dipercayai menyebabkan kemalangan di lebuh raya Ayer Rajah (AYE) pagi tadi, telah diberkas.

Lelaki itu dipercayai memandu dengan anak lelakinya, dalam lingkungan usia 20an, duduk di sebelahnya sewaktu nahas berlaku.

Suspek yang memandu kenderaan dari arah bertentangan telah menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 37 tahun dalam kejadian berhampiran Tuas West Road itu.

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang nahas itu pada 8.02 pagi yang melibatkan empat kereta, sebuah motosikal dan sebuah bas.

Mangsa yang terkorban didapati terperangkap di tempat duduk pemandu dan perlu ditarik keluar oleh anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Mangsa yang dikatakan memandu kereta jenis Toyota Vios itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Empat yang lain - dua lelaki dan dua wanita - telah dihantar ke Hospital Universiti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg