JUMLAH kematian purata di tempat kerja setiap bulan berkurangan sejak Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memperkenal tempoh keselamatan yang dipertingkat selama enam bulan pada 1 September - dari purata 4½ kematian sebulan kepada dua kematian sebulan.
Namun, empat kematian yang berlaku antara 1 September hingga 4 November itu disebabkan kejadian yang bersangkutan dengan kenderaan yang dianggap membimbangkan oleh Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.
Ini memandangkan 15 daripada 40 kematian tempat kerja pada 2022 melibatkan kenderaan.
Pengamatan ini dibuat sewaktu acara yang memaparkan peralatan keselamatan kenderaan dan amalan terbaik yang dianjurkan Majlis Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja serta operator pelabuhan PSA Corporation, dengan sokongan firma logistik Geodis.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg