Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kematian adik akibat dadah kejutkan penagih kikis tabiat

Feb 27, 2023 | 6:04 PM
KONGSI PENGALAMAN PERIT: Encik Azmi Abdul Rahman merupakan salah seorang ahli panel yang akan terlibat dalam perbincangan sempena Hari Kesedaran Ketagihan Nasional (NAAD) 2023 pada 4 Mac ini. - Foto BH oleh KHALID BABA
KONGSI PENGALAMAN PERIT: Encik Azmi Abdul Rahman merupakan salah seorang ahli panel yang akan terlibat dalam perbincangan sempena Hari Kesedaran Ketagihan Nasional (NAAD) 2023 pada 4 Mac ini. - Foto BH oleh KHALID BABA -

"KAU dah sakit ni." Itulah teguran rakan-rakan Encik Azmi Abdul Rahman terhadapnya apabila mendapati dirinya mula terjebak dalam kancah dadah. Encik Azmi ketika itu berusia 18 tahun dan tidak sedar beliau terlau bergantung kepada bahan terlarang itu untuk berfungsi setiap hari. Tanpa dadah, Encik Azmi berkata beliau akan rasa loya dan akan muntah, menggigil dalam kesejukan dan sering tidak berasa sihat. Mengimbas kehidupan gelap yang pernah dilaluinya, Encik Azmi yang kini 49 tahun berkata ketagihan itu adalah satu 'penyakit' dan beliau akur ia perlu dijauhi walaupun telah kekal bersih selama lebih 12 tahun. "Kata-kata teguran kawan-kawan saya itu adalah sesuatu yang saya tidak sangka saya akan dengar. "Tetapi ketika itu, ia dapat menjelaskan mengapa saya rasakan begitu. "Bagi saya, ia bukan satu isu yang besar, saya hanya fikir bahawa saya harus terus mengambil dadah supaya dapat teruskan kehidupan seperti biasa. "Tanpa dadah, saya sering rasa lemah dan juga marah kepada ramai orang di sekeliling saya," jelasnya. Baca laporan penuh di edisi cetak Berita Harian pada Selasa (28 Feb).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg