Kematian anggota NS: Kapten SAF mula dibicara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kematian anggota NS: Kapten SAF mula dibicara

Mar 19, 2021 | 5:30 AM

Kematian anggota NS: Kapten SAF mula dibicara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DUTUDUH CUAI: Ong dituduh mengarahkan CFC Liu Kai, yang sedang memandu sebuah Land Rover, memotong sebuah Kenderaan Tempur Infantri (IFV) Bionix tanpa terlebih dahulu menjalin komunikasi jelas dengan IFV itu, sedangkan tidak selamat untuk berbuat demikian. - Foto BH oleh KELVIN CHNG
DUTUDUH CUAI: Ong dituduh mengarahkan CFC Liu Kai, yang sedang memandu sebuah Land Rover, memotong sebuah Kenderaan Tempur Infantri (IFV) Bionix tanpa terlebih dahulu menjalin komunikasi jelas dengan IFV itu, sedangkan tidak selamat untuk berbuat demikian. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -

SEORANG kapten Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang ditugas mengendalikan seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) yang meninggal dunia setelah tersepit di Land Rover yang dilanggar sebuah kenderaan Bionix dibicarakan semalam.

Ong Lin Jie, 30 tahun, dibicarakan atas tuduhan melakukan perbuatan cuai yang tidak menyebabkan pembunuhan dan gagal menjaga jarak selamat 30 meter antara dua kenderaan itu.

Dia dituduh mengarahkan Koperal Kelas Pertama (CFC) Liu Kai, 22 tahun, yang sedang memandunya dalam sebuah Land Rover supaya memotong sebuah Kenderaan Tempur Infantri (IFV) Bionix tanpa terlebih dahulu menjalin komunikasi jelas dengan IFV itu, sedangkan tidak selamat untuk berbuat demikian.

Ong tidak tahu kenapa IFY itu berhenti di situ.

Sedang CFC Liu memecut, Bionix itu - sebuah kenderaan pelindung berperisai yang dilengkapi dengan meriam atau pelancar bom tangan automatik dan senapang mesin berat - berundur dan menimpa bahagian pemandu Land Rover tersebut.

Kemalangan itu membuat CFC Liu terperangkap di tempat duduknya.

Mahkamah diberitahu bahawa CFC Liu seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura dan pemandu NS sepenuh masa, sementara Ong dilantik sebagai pelatih platun di Pusat Latihan Unit Perisai.

Ong, yang telah digantung kerja, dibela oleh peguam Teo Choo Kee. Perbicaraan diteruskan di hadapan Hakim Daerah Jasvender Kaur.

Sekiranya disabitkan kesalahan itu, Ong boleh dihukum penjara hingga lima tahun, denda, atau kedua-dua hukuman.

Sebelum ini, tiga lelaki didenda pada Disember 2019 kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi dengan menyebarkan gambar-gambar kemalangan itu secara tidak sah.

Perbicaraan diteruskan hari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg