Polis dilihat di flat HDB di Yishuan Ring Road pada 27 Julai menyusuli laporan insiden membawa maut.
Akhabr The Straits Times melaporkan ia melihat mayat yang diselubung berdekatan lobi lif tingkat 10 di Blok 803 Yishun Ring Road.
Darah boleh dilihat di lantai.
Seluruh tingkat 10 itu kini dikepung. Pegawai polis dan penyiasat lokasi jenayah juga hadir.
Keadaan itu mencemaskan penduduk di sana, dengan ramai dilihat mengawai keadaan dari dalam rumah atau dari luar kepungan.
Beberapa penduduk, yang bercakap dalam bahasa Cina kepada akhbar Lianhe Zhaobao berkata mereka mendengar dua lelaki bertengkar sebelum kejadian itu berlaku, tetapi pertengkaran itu berakhir secara mendadak.
Laporan ini sedang ditambah.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg