Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemandu GrabFood lakukan kerja sambilan untuk tambah pendapatan keluarga
Pemandu GrabFood lakukan kerja sambilan untuk tambah pendapatan keluarga
Sebelum ini isterinya sakit, tak mampu kerja
Pemandu GrabFood lakukan kerja sambilan untuk tambah pendapatan keluarga
Dec 23, 2019 | 5:30 AM
PENGHANTAR makanan GrabFood yang meninggal dunia dalam satu kemalangan di Gambas Avenue Jumaat lalu telah melakukan dua pekerjaan demi menyokong keluarganya, yang terdiri daripada isteri dan anak perempuannya berusia 11 tahun.
Penduduk tetap Singapura dari Ipoh itu mempunyai pekerjaan sepenuh masa bersama sebuah syarikat kejuruteraan elektronik, tetapi juga mula menghantar makanan sekitar sebulan lalu untuk menambah pendapatan keluarganya setelah isterinya jatuh sakit dan tidak mampu bekerja.