Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kematian warga S’pura di Sepanyol: Suspek sering ke luar negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian warga S’pura di Sepanyol: Suspek sering ke luar negara

Apr 22, 2024 | 07:13 PM



Lelaki yang dituduh berkaitan pembunuhan arkitek warga Singapura, Cik Audrey Fang, sering mengembara ke luar negara untuk urusan perniagaan dan menghadiri pesta tarian, menurut beberapa sumber yang mengenalinya.

Mitchell Ong, yang dikenal pasti pada 20 April oleh media Sepanyol sebagai suspek dalam kes itu, adalah penggemar kecergasan yang sering berkunjung ke sebuah gimnasium di Orchard Road tiga hingga lima kali seminggu, lapor The Straits Times (ST).


Seorang kenalannya yang enggan dinamakan berkata beliau mengetahui bahawa Ong, 43 tahun, sering melancong ke luar negara.

“Dia baik dalam interaksi saya dengannya... Saya masih ingat dia suka melancong untuk urusan perniagaan dan pesta tarian,” katanya.

Semakan di akaun Instagram milik Ong menunjukkan bahawa dia telah menghadiri beberapa festival muzik di luar negara.

Dari 2022 hingga 2024, dia juga mengembara ke beberapa negara Eropah.

Dalam hantaran baru-baru ini, dia berkongsi bahawa dia berada di wilayah Alicante pada 4 April, hari yang sama Cik Fang bercuti sendirian ke Xabia, yang terletak sekitar 80 kilometer dari Alicante.

Mayat Cik Fang ditemui pada 10 April, di sebuah lori di Abanilla, wilayah Murcia, kira-kira 150 kilometer dari hotelnya di Xabia, di mana beliau dikatakan kali terakhir dilihat masih hidup, menurut Olive Press.


Cik Fang dilaporkan ditikam lebih 30 kali.

Dalam satu lagi hantaran, Ong menunjukkan bahawa dia telah membeli satu kad permainan bernilai beberapa ribu dolar.

Ong, yang berkata dia mempunyai ketinggian 1.88 meter di laman Instagramnya, ditahan di bilik hotelnya di Alicante pada 16 April.

Seorang lagi kenalan Ong yang juga sering berkunjung ke gimnasium sama berkata suspek sebelum ini memberitahunya bahawa dia bekerja dalam industri kewangan.

Beliau mengingati Ong sebagai seseorang dengan watak agak ‘canggung’, yang memakai kasut mahal.

“Saya berpendapat, dia mengambil berat tentang apa yang dia pakai,” tambah lelaki itu, yang berusia dalam lingkungan 20-an tahun.

Seorang rakan perniagaan Ong berkata mereka mula mengenali sekitar 15 tahun lalu apabila beliau mula menyediakan khidmat pemasaran kepada suspek, termasuk bagi sebuah kedai teknologi maklumat (IT) dalam talian yang ditubuhkan pada 2013.

Carian rekod perniagaan menunjukkan kedai tersebut tidak lagi beroperasi.

Lelaki berusia 30-an itu berkata: “Pada umumnya, dia seorang yang baik apabila saya berurusan dengannya, jadi saya agak terkejut apabila membaca berita ini.

“Kami berhenti berhubungan sejurus sebelum pandemik, tetapi saya ingat dia sentiasa cepat membuat pembayaran.

“Saya berurusan dengannya untuk beberapa projek berbeza, yang biasanya menelan kos sekitar $2,000 atau lebih, bergantung pada perincian projek, tetapi dia bukan pelanggan yang saya perlu desak untuk membuat bayaran.

“Dia akan semak kerja dan jika semuanya baik, dia akan buat bayaran,” ujar lelaki itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >