Topik diikuti
Pergi ke BHkuKembali ke sekolah...
Kembali ke sekolah...
Kembali ke sekolah...
PELAJAR dan kakitangan yang dikenakan perintah kuarantin boleh kembali ke sekolah bermula semalam jika mereka berasa sudah kembali pulih dan mendapat keputusan negatif bagi Ujian Pantas Antigen (ART) untuk Covid-19 sehari sebelumnya.
Ini juga sah bagi mereka yang dikenakan cuti ketidakhadiran atau cuti yang diluluskan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) mengeluarkan langkah terkini Covid-19 bagi sekolah rendah dan menengah, sekolah berpendidikan khas, maktab rendah, Institut Millenia dan institut pengajian tinggi.
Pengumuman itu dibuat menyusuli kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Sabtu lalu bahawa pemerintah akan memperkemas peraturan bagi pesakit Covid-19 dan mereka yang terdekat sebagai sebahagian daripada usaha untuk memudahkan proses menguruskan virus.
MOE berkata ia tidak lagi akan mengeluarkan cuti ketidakhadiran atau cuti yang diluluskan bagi mereka di sekolah rendah, sekolah menenengah, maktab rendah dan Institut Millenia.
Mulai semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) juga akan mengeluarkan amaran risiko kesihatan tujuh hari (HRW) kepada pelajar yang mempunyai hubungan rapat dengan kes Covid-19 positif.
