Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kempen galak pemberian warisan dilancar

Nov 25, 2020 | 5:30 AM
00fa9185-e9a5-4f64-aeaa-e3e4a6c27281
-

SATU kempen untuk menggalak pemberian warisan atau legacy giving telah dilancarkan semalam untuk menggalak penderma mewasiatkan sebahagian harta mereka bagi tujuan kebajikan selepas mereka meninggal dunia.

Kempen tiga bulan bernama 'A Greater Gift' itu dimulakan oleh Yayasan Masyarakat Singapura (CFS), badan kebajikan yang menggalak sifat dermawan di sini.

Ketua Eksekutif CFS Catherine Loh berkata pemberian warisan merupakan satu amalan kebajikan yang tidak terhad kepada penderma kaya raya sahaja.

Sebaliknya, tiada jumlah derma yang terlalu kecil, tambah beliau, yang akur keadaan kian berubah.

"Ada sebahagian orang menyangka pemberian seperti ini hanya bagi mereka yang amat kaya. Namun, kami ingin memberitahu orang ramai bahawa tiada apa (derma) yang terlalu kecil. Kami ingin mengubah konsep bahawa ia hanya bagi orang yang amat kaya," kata Cik Loh.

Menurut Cik Loh, ada pihak amat kaya yang meninggalkan wang berjuta dolar kepada kebajikan selepas mereka meninggal dunia, sementara ada badan kebajikan yang menerima wang serendah $10,000 melalui wasiat seseorang.

Cik Loh berkata lagi, ada juga pihak yang menyangka anak-anak mereka tidak dapat mewarisi apa-apa jika mereka membuat pemberian warisan seperti ini.

"Kami ingin memberitahu mereka bahawa keadaannya tidak sebegitu dan mereka boleh mewariskan hanya sebahagian harta kepada anak-anak," ujar beliau.

Kempen itu turut disokong pelabur Hian Goh dan Anggota Parlimen Cik Nadia Ahmad Samdin, seorang peguam.

Dalam video kempen itu, Cik Nadia, 30 tahun, berkata beliau menerima bantuan kewangan untuk membiayai pendidikannya dan kini ingin membantu remaja berisiko.

Encik Goh ialah pengasas bersama saluran televisyen berbayar, Asian Food Channel, yang kini dikenali sebagai Asian Food Network.

Satu contoh keluarga yang membuat pemberian warisan ini adalah pasangan suami isteri Dr Audrey Looi, seorang pakar mata' dan Dr Ang Beng Ti, pakar bedah saraf.

Pasangan itu bercadang mewasiatkan sekurang-kurangnya $200,000 untuk menubuhkan dana endowmen bagi menyokong iC2 PrepHouse iaitu pertubuhan kebajikan yang mereka tubuhkan pada 2011 untuk mengajar kanak-kanak lemah daya penglihatan menjalani kehidupan harian dan menyokong mereka menuntut di sekolah aliran biasa; serta membiayai biasiswa bagi mahasiswa Universiti Pengurusan Singapura (SMU) daripada keluarga miskin.

Anak mereka, James Ang, 19 tahun, menghidap penyakit Stargardt yang menyebabkan daya penglihatan berkurangan secara berperingkat. Beliau kini menuntut di SMU.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg