Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kempen galak tangani masalah tidak subur

Apr 28, 2022 | 5:30 AM
BANTU MANGSA BANJIR PAKISTAN: (Dari kiri) Encik Benjamin William, Encik Kadir Maideen, Cik Rukhsana Afzaal, Encik Abdul Razak Maricar, dan CEO RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman. - MUIS
BANTU MANGSA BANJIR PAKISTAN: (Dari kiri) Encik Benjamin William, Encik Kadir Maideen, Cik Rukhsana Afzaal, Encik Abdul Razak Maricar, dan CEO RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman. - MUIS -

PERJALANAN sembilan individu dan pasangan dalam menghadapi cabaran ketidaksuburan menjadi paparan sebuah kempen yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu itu.

Kempen #IDIDNTKNOW, atau 'Saya Tidak Tahu', dianjurkan sempena Minggu Kesedaran Ketidaksuburan Nasional (NIAW) dari 24 hingga 30 April, dan diharap menjadi galakan bagi mereka yang mengalami masalah itu bertindak serta-merta.

Antara yang berkongsi pengalaman melalui kempen itu ialah personaliti televisyen Haslinda Ali dan Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Encik Louis Ng.

Kempen itu dianjurkan Fertility Support SG, sebuah wadah yang bertujuan memberi sokongan dan maklumat kepada mereka yang mengalami masalah ketidaksuburan.

Kumpulan itu, yang dibentuk dua tahun lalu, dikendalikan sekumpulan yang sedang atau telah melalui rawatan masalah ketidaksuburan.

Kisah-kisah pahit manis sembilan individu itu dikongsi mereka melalui wadah media sosial dan laman web Fertility Support SG.

Menceritakan pengalamannya, Encik Ng berkata beliau dan isteri melalui tujuh kitaran rawatan permanian beradas, atau in-vitro fertilisation (IVF), sebelum mendapat anak pertamanya.

"IVF sesuatu yang dekat dihati saya. Ia sesuatu yang tidak ingin dilalui banyak pasangan kerana ia perjalanan yang amat memenatkan.

"Saya dan isteri saya perlu menyalurkan semua sumber yang kami miliki dan telah menggunakan semua geran yang disediakan," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg