SATU kempen baru yang bertujuan menggalakkan orang ramai agar menyapa dan mengucapkan terima kasih kepada pekerja pengangkutan awam seperti pemandu bas dan jurutera kereta api dilancarkan semalam.

Dikenali sebagai Kempen Hargai Pekerja Pengangkutan Awam, usaha tersebut antara lain menggunakan kain rentang, sepanduk, iklan bas serta pendekatan menerusi wadah digital.