Satu program imbasan peparu percuma yang pertama di Singapura bagi keluarga berpendapatan rendah kini sedang berlangsung sehingga 18 Ogos.
Program yang diberi nama. ‘Are You at Risk?’ (Adakah Anda Berisiko?) anjuran Persatuan Pencegahan Barah 365 (365CPS) itu memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk mendaftarkan diri dengan 365CPS atau rakan masyarakatnya bagi konsultasi praimbasan, disusuli imbasan CT dos rendah di kemudahan rakan imbasan 365CPS.
Klinik tersebut akan menjadualkan semakan bersama doktor jika imbasan CT mengesan apa-apa yang tidak normal, dan merujuk pesakit kepada institusi kesihatan awam jika siasatan atau rawatan lanjut diperlukan.
Program ‘Are You at Risk?’ disediakan untuk individu yang:
Berdasarkan Laporan Tahunan Pendaftaran Barah Singapura 2020 yang dikeluarkan Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional, pada Disember 2022, barah peparu merupakan salah satu daripada tiga barah teratas paling menjejas lelaki dan wanita di Singapura.
Ia membentuk satu daripada enam kes barah dalam kalangan pesakit lelaki berusia 80 tahun ke atas dan juga kerap dikesan dalam kalangan wanita lebih tua.
Barah peparu mempunyai kadar penakatan paling buruk setiap tahun selepas didiagnosis.
Tahap awal barah peparu biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala; simptom hanya terbentuk apabila keadaannya terus bertambah teruk secara berperingkat.
Justeru program imbasan peparu telah membuktikan sebagai langkah berkesan bagi pengesanan awal. Dengan itu, ia berpotensi memberikan hasil rawatan yang lebih baik dan mengurangkan kematian.
Penolong Pengarah bagi Pengumpulan Dana, Pemasaran dan Pengurusan Sukarelawan di 365CPS, Encik Andrew Soh, berkongsi bahawa program ‘Are You at Risk?’ merupakan program imbasan peparu pertama yang percuma di Singapura.
“Kami harap individu berisiko tinggi yang layak bagi imbasan peparu percuma ini boleh mengambil langkah proaktif dengan bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka, demi manfaat diri mereka serta penjaga mereka sendiri,” katanya.
Untuk pertanyaan atau mendaftar bagi imbasan peparu percuma ini, menghubungi rakan masyarakat 365CPS, e-mel 365CPS di elyn.tan@365cps.org.sg atau berdaftar di laman 365CPS: https://www.365cps.org.sg/screening-campaign/.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg