Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kempen kumpul dana SG Enable diteruskan

Aug 19, 2022 | 5:30 AM
DERMA DI 'BLOCKCHAIN': Dua karya seni oleh artis kurang upaya ini merupakan antara yang dipaparkan dalam kempen mengumpul dana anjuran The Good Blockchain bagi SG Enable di wadah 'blockchain' yang akan berlangsung hingga 31 Ogos. - Foto SG ENABLE
DERMA DI 'BLOCKCHAIN': Dua karya seni oleh artis kurang upaya ini merupakan antara yang dipaparkan dalam kempen mengumpul dana anjuran The Good Blockchain bagi SG Enable di wadah 'blockchain' yang akan berlangsung hingga 31 Ogos. - Foto SG ENABLE -

ORANG ramai boleh terus menyumbang kepada satu kempen mengumpul dana di wadah 'blockchain' yang bertujuan membantu masyarakat kurang upaya hingga hujung bulan ini.

Sempena Hari Kebangsaan tahun ini, enam karya seni Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2022 yang dihasilkan oleh artis kurang upaya telah ditawarkan sebagai token tidak sepiawai (NFT) buat kali pertama.

Sebanyak 100 NFT unik yang bertema NDP ditawarkan menerusi kempen itu.

NFT adalah token yang wujud pada lejar digital terpencar yang dipanggil 'blockchain'.

NFT semakin popular dalam tahun-tahun kebelakangan ini sebagai aset pelaburan, koleksi digital dan sebagai bukti bagi pemilikan objek dunia sebenar.

Orang ramai boleh menderma menggunakan dolar Singapura atau mata wang kripto.

Dana yang dikumpul akan disalurkan kepada SG Enable bagi program yang dijalankan di Enabling Village (EV), sebuah ruang masyarakat inklusif yang khusus di sini untuk menyepadukan golongan kurang upaya dalam masyarakat.

Bagi setiap derma $399 dan ke atas, orang ramai boleh mendapatkan NFT unik bertema NDP itu.

Semua derma sekurang-kurangnya $200 layak menikmati potongan cukai sebanyak 2.5 kali nilai derma itu selain menerima NFT khas kempen itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg