Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kempen Ramadan TAA sasar kumpul $1.3j, bantu lebih 3,100 penerima

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen Ramadan TAA sasar kumpul $1.3j, bantu lebih 3,100 penerima

Mar 10, 2024 | 03:25 PM



Kempen Amal Ramadan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) 2024 dilancarkan pada 8 Mac dengan sasaran mengumpul sejumlah $1.32 juta untuk membantu lebih 3,100 individu memerlukan.

Kempen itu, yang diadakan buat kali ke-32, dilancarkan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, dalam satu majlis di Grand Dahlia, Kompleks Joo Chiat.

Kempen Amal Ramadan TAA, sejak penubuhan TAA pada 1992, menyokong dan membantu keluarga berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik dari segi kewangan semasa Hari Raya Aidilfitri.

TAA membantu lebih 3,000 isi rumah Islam, setiap tahun, yang menghadapi kesusahan kewangan dan fizikal, kata TAA dalam kenyataan mereka.

Penerima bantuan termasuk pesakit daripada keluarga berpendapatan rendah serta mereka yang memenuhi kriteria kelayakan dan menyediakan dokumen rasmi yang menyokong pendapatan, kesihatan atau status perumahan mereka.

Menurut Ketua Exco TAA, Encik Najiib Sahib, 75 peratus penerima bantuan TAA menetap di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) satu atau dua bilik dan antaranya adalah warga emas yang lemah, keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang menghadapi pelbagai cabaran kewangan dan perubatan.

Dalam ucapannya semasa majlis itu, Dr Maliki berkata: “TAA bukan sahaja menangani keperluan praktikal bahkan memupuk rasa kekitaan dan persefahaman, membantu penerima berasa disokong.”

Beliau juga menyeru masyarakat untuk menyumbang kepada tujuan murni itu.

“Sumbangan anda bukan sahaja akan memberikan sokongan penting kepada mereka yang memerlukan tetapi juga akan menjadi bukti kekuatan masyarakat kita apabila kita bersatu dengan tujuan bersama,” tambah beliau sambil menggalak mereka yang ingin melakukan lebih, untuk menyertai Projek Dian, inisiatif di bawah M3, yang membantu dan menawarkan sokongan kepada penduduk Melayu/Islam di rumah sewa.


Bagi 2024, kempen itu menyasarkan untuk mengumpul sejumlah $1.32 juta untuk membantu lebih 3,100 penerima manfaat seperti Cik Nuralysya Abdul Hamid, 21 tahun, yang menghidap sindrom femoral facial.


Ibu beliau, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Siti Mazurah, 49 tahun, berkongsi dengan Berita Harian (BH) bahawa anak keduanya itu menghidap sindrom femoral facial yang menyebabkan anaknya dilahirkan tanpa lutut dan betis, dan membantutkan pembangunan tulang pahanya.


Anaknya juga mempunyai bibir sumbing yang menjejas pertuturannya.

“Sokongan dan bantuan daripada TAA meringankan beban kewangan saya sekeluarga, dari segi membuat persiapan untuk musim perayaan dengan lebih mudah. Bantuan ini amat penting terutama dalam memastikan anak-anak saya mempunyai pakaian baru dan keperluan lain untuk perayaan,” luah beliau yang menghidap sakit jantung dan berkerusi roda.


Pengurus Besar TAA, Encik Mohd Yahya Zakaria berkongsi bahawa “lebih daripada 87 peratus penerima manfaat semasa TAA adalah daripada isi rumah dengan pendapatan per kapita $500 atau ke bawah”.


Semasa majlis, Dr Maliki turut menyaksikan penyerahan cek bernilai lebih $100,000 daripada pertubuhan korporat yang menyokong Dana Amanah TAA.


Sumbangan kepada Kempen Amal TAA Ramadan boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah yang disenaraikan dalam laman web taa.org.sg. – BATRISYIA BAHARIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >