Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kempen Sentuhan Ramadan dilancar

May 4, 2019 | 3:34 PM
SENTUHAN RAMADAN: (Dari kiri) Pengerusi Mesra, Cik Amatul Jameel Suhani Sujari; Mufti Dr Mohamed Fatris; Dr Mohamad Maliki; Encik Masagos; Encik Esa serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Rahayu Buang memasukkan cek ke dalam Tabung Rahmah sebagai satu tanda simbolik melancarkan tabung itu.
SENTUHAN RAMADAN: (Dari kiri) Pengerusi Mesra, Cik Amatul Jameel Suhani Sujari; Mufti Dr Mohamed Fatris; Dr Mohamad Maliki; Encik Masagos; Encik Esa serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Rahayu Buang memasukkan cek ke dalam Tabung Rahmah sebagai satu tanda simbolik melancarkan tabung itu. - Foto Kelvin Chng

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah melancarkan kempen Sentuhan Ramadan 2019 dalam satu majlis di Wisma Geylang Serai (WGS) tengah hari tadi (4 Mei).

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menghadiri acara itu selaku tetamu terhormat.

Encik Masagos yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air turut disertai Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood; dan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.

Di acara yang sama, mereka turut melancarkan Tabung Rahmah.

Sebelum pelancaran itu, Mufti telah menyampaikan satu tazkirah, menyentuh tentang hikmah Ramadan. Kempen Sentuhan Ramadan tahun ini berteraskan tema 'Sebarkan Rahmah: Ramadan Bersama Jiran. Raikan Bersama Keluarga dan Masyarakat'.

Kempen itu antara lain memberi tumpuan kepada usaha menyebarkan sifat ihsan dalam kehidupan berjiran dan bermasyarakat.

Mesej utama daripada kempen tahun ini memberi tumpuan kepada tiga bidang - memperkukuh iman, bersikap penyayang kepada semua dan mendakap kepelbagaian.

Kempen tahun ini juga akan menampilkan kerjasama antara rangkaian M Kuasa Tiga (M³) bagi membantu menyebarkan rahmah menerusi beberapa program yang bakal dijalankan.

Di acara pelancaran kempen itu, Encik Masagos turut melancarkan satu usaha mendekati masyarakat untuk menyebarkan mesej tentang Ramadan.

Seramai 200 relawan telah menyingsing lengan untuk menyebarkan mesej ini di sekitar Geylang Serai, Yishun, Jurong dan juga Orchard Road.

Kempen tahun ini diterajui Kelompok Masjid Utara (NMC).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg