JIKA anda tidak berkesempatan ke pejabat pos untuk menghantar bungkusan, SingPost mendekatkan perkhidmatan itu kepada anda dengan melancarkan kemudahan yang dipanggil POPStop di stesen-stesen MRT menjelang Januari 2023.
Butiran mengenai lokasi dan bilangan POPStop diumukan nanti kemudian, kata wakil SingPost.
POPStop akan dikendalikan oleh kakitangan SingPost, dengan bahan pembungkusan tersedia untuk kemudahan tambahan untuk kegunaan individu dan perniagaan.
SingPost berkata ia juga sedang mencari cara untuk memastikan pengguna boleh mengambil penghantaran dari stesen servis ini pada masa hadapan.
Perkhidmatan lain yang tersedia di stesen itu ialah POPDrop, sebuah mesin automatik yang boleh digunakan untuk menghantar bungkusan pada bila-bila masa. Barangan boleh dijejaki oleh kedua-dua penghantar dan penerima melalui aplikasi mudah alih SingPost.
Tawaran POPStop telah diumumkan semalam oleh Singapore Post (SingPost) dan Stellar Lifestyle - cabang perniagaan SMRT Corp - di eCommerce Expo Asia, yang diadakan di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands.
Ketua Eksekutif SingPost Singapura, Cik Neo Su Yin, berkata penubuhan POPStop menyokong pengurangan jejak karbon penghantaran bungkusan dan akan menyumbang ke arah pembinaan komuniti yang lebih hijau.
Beliau berkata pelanggan boleh menjimatkan masa apabila mereka menghantar bungkusan di kemudahan khusus kerana pejabat pos juga perlu berurusan dengan permintaan seperti pembelian setem, pembayaran bil dan tambah nilai kad mudah alih.
"Keselesaan dan kemudahan menjalankan perniagaan adalah penting dalam sektor e-dagang - agar penjual dapat menurunkan pakej mereka dengan mudah dan tepat pada masanya dan untuk pengguna mempunyai pilihan tambahan itu apabila ia berkaitan dengan penghantaran mereka," kata Cik Neo.
"Kami mahu menawarkan kaedah cekap karbon sebagai langkah pertama ini. Ini membantu kami mengurangkan keperluan pemandu mengambil hanya satu item daripada pelanggan."
Jualan e-dagang di Singapura dijangka mencecah AS$14 bilion (S$20 bilion) menjelang 2027, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Facebook dan perunding pengurusan Bain & Company pada September.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg