Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemudahan hasilkan vaksin, ubat di S'pura dibuka

May 20, 2023 | 5:30 AM
bf7061f8-9241-498b-a430-02ffe26fab67
-

SEBUAH kemudahan baru berskala besar untuk membangunkan dan mengeluarkan vaksin serta perubatan di Singapura dibuka secara rasmi pada Jumaat.

Kemudahan pengisian Thermo Fisher Scientific yang terletak di Joo Koon Circle menelan belanja sebanyak AS$130 ($175 juta) menurut laporan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada 2020.

Kemudahan tersebut dibuka secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.

Berucap di majlis itu, Encik Heng berkata kemudahan baru itu penting kerana "ia membolehkan pengeluaran vaksin dan perubatan secara menyeluruh di Singapura dan menyumbang kepada daya tahan rantau ini".

"Kemudahan baru ini akan melengkapkan pelaburan oleh Sanofi dan BioNTech baru-baru ini... Ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Singapura bahkan rantau Asia Pasifik yang lebih luas apabila menangani krisis kesihatan masa depan," katanya.

Kilang itu merangkumi proses pengisian peringkat akhir yang berkelajuan tinggi, automatik, serta dalam suasana yang bebas kuman.

Ini melibatkan proses di mana perubatan, bekas dan tutupnya disterilkan secara berasingan dan kemudian disatukan.

Ia melengkapkan keupayaan penyelidikan baru syarikat tersebut di Pusat Pengalaman Pelanggan Thermo Fisher Scientific dan Pusat Reka Bentuk Bioproses, dua kemudahan makmal operasi lain di sini yang mempamerkan teknologi biopemprosesan, sains hayat dan analisis terkini.

Sebelum pandemik Covid-19, Singapura tidak mempunyai satu kemudahan pun yang menghasilkan vaksin yang sedia cipta.

Tetapi dalam tempoh dua tahun setengah yang lalu, lima syarikat farmaseutikal telah komited menubuhkan kilang di sini untuk menghasilkan lebih satu bilion dos vaksin sedia cipta setiap tahun, menjadikan Singapura sebagai hab bioperubatan yang pesat membangun di Asia Pasifik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg