Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemudahan sukan, penghubung taman baru di Ang Mo Kio

Jan 15, 2023 | 5:30 AM
PAMERAN RANCANGAN PEMBANGUNAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (tiga dari kiri), mengunjungi ke pameran rancangan pembangunan Ang Mo Kio yang memaparkan peningkatan kemudahan di Ang Mo Kio. - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN
PAMERAN RANCANGAN PEMBANGUNAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (tiga dari kiri), mengunjungi ke pameran rancangan pembangunan Ang Mo Kio yang memaparkan peningkatan kemudahan di Ang Mo Kio. - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN -

PENDUDUK di Ang Mo Kio boleh menggunakan kemudahan yang dipertingkat seperti kompleks renang dan kemudahan baru seperti penghubung taman apabila pusat bandar itu siap dipertingkat dalam masa setahun lagi.

Kompleks Renang Ang Mo Kio di Ang Mo Kio Avenue 1 akan dinamakan semula sebagai ActiveSg Park@Ang Mo Kio dan merangkumi kemudahan sukan baru seperti kolam renang berbumbung, gimnasium dan studio untuk bersenam.

Butiran lain mengenai ActiveSG Park @ Ang Mo Kio, termasuk garis masa ia akan dilengkapkan akan diumumkan oleh agensi sukan nasional Sport Singapore.

Mengumumkan butiran itu semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang juga anggota parlimen (AP) bagi GRC Ang Mo Kio, berkata kerja-kerja peningkatan di Pusat Bandar akan dimulakan selepas Tahun Baru Cina dan dijangka mengambil masa 12 hingga 15 bulan untuk siap.

Ini termasuk kerja peningkatan yang dari bahagian luar Ang Mo Kio Hub, melalui tempat membeli-belah di luar, sehingga ke Ang Mo Kio Central.

Antara lain, kawasan ini akan menampilkan lebih banyak ruang bebas halangan, kawasan rehat yang terlindung untuk para penduduk dan pelawat, dan lebih banyak landskap untuk menjadikan kawasan Ang Mo Kio itu lebih teduh dan sejuk.

Bahagian depan kedai juga akan dipertingkat, kata Encik Lee, semasa berucap di acara sambutan Tahun Baru Cina @ Ang Mo Kio pagi semalam.

Acara sambutan Tahun Baru Cina itu diadakan di pentas di Ang Mo Kio Central dan para penduduk menikmati pelbagai persembahan dan juga Pameran Rancangan Pembangunan Bandar Ang Mo Kio.

"Kami akan memperbaiki dan mempertingkatkan tarafnya untuk menjadikannya lebih bebas halangan supaya warga emas dan orang yang berkerusi roda atau menggunakan kenderaan mobiliti peribadi (PMV) boleh bergerak.

"Kami juga akan mempunyai lebih banyak kawasan rehat berteduh untuk penduduk dan pengunjung berehat dan kami akan menanam lebih banyak pokok dan landskap, menjadikannya lebih teduh dan sejuk," ujar Encik Lee.

Encik Lee telah mengumumkan peningkatan pusat bandar Ang Mo Kio pada Ogos 2022.

Semalam, Encik Lee turut berkongsi rancangan lain bagi seluruh bandar Ang Mo Kio yang akan dilakukan selepas berunding dengan penduduk untuk mengumpulkan idea-idea yang terbaik untuk mempertingkatkan bandar itu.

Ini termasuk mempertingkat keterhubungan pengangkutan di Ang Mo Kio.

"Kami akan memberi tumpuan kepada perkara yang berguna dan mendatangkan perubahan kepada kehidupan... seperti mengadakan lebih banyak kemudahan akses yang bebas halangan untuk para pengguna warga emas dan mereka yang berkerusi roda," ujar Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg