Mulai Khamis, orang awam tidak lagi boleh mengemukakan rayuan terhadap kesalahan trafik di pejabat Polis Trafik, melalui faks, e-mel atau pos.
Sebaliknya, semua rayuan hanya akan diterima menerusi Portal e-Rayuan Trafik sahaja.
Portal itu kini diperluas bagi meliputi rayuan melibat penggantungan atau pembatalan lesen memandu, memberikan lesen atas sebab perubatan, kata pihak polis dalam satu kenyataan pada Rabu.
Proses rayuan akan mengambil masa antara dua dengan empat minggu sebelum keputusan diberikan, kata polis mengenai pilihan rayuan terkini itu.
Bagi kes lebih rumit, ia mungkin mengambil masa sekitar empat minggu untuk melengkapkan semakan rayuan.
“Polis Trafik (TP) juga ingin menegaskan bahawa hanya rayuan peringan seperti kecemasan perubatan, dengan bukti dokumen sebagai sokongan akan dipertimbangkan.
“Bagi melindungi keselamatan semua pengguna jalan raya, TP mengambil pendirian tegas terhadap pesalah trafik. Semua rayuan yang tidak memenuhi kriteria demikian akan ditolak,” menurut satu kenyataan.
Mereka yang mahu mengakses portal itu boleh melayari laman, www.police.gov.sg/e-services, dan klik pada pautan “Traffic e-Appeals”.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg