Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kenaikan gaji 3-10% bagi pegawai MHA mulai 1 Jan

Nov 1, 2022 | 5:30 AM
 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman -

SERAMAI 22,000 pegawai Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan menerima kenaikan gaji bulanan kasar sebanyak 3-10 peratus bermula 1 Januari tahun depan.

Mereka meliputi pegawai dalam Perkhidmatan Berseragam Kementerian Ehwal Dalam Negeri (HUS), Perkhidmatan Ehwal Dalam Negeri (HAS-ICA), Skim Pakar Home Team (HTSS) dan Skim Ehwal Komersial (CAS).

"Pegawai berseragam dan pakar MHA memainkan peranan penting dalam mengekalkan keselamatan Singapura.

"Penyesuaian gaji adalah hasil semakan tetap MHA dalam memastikan pakej gaji pegawai kami seiring dengan pasaran dan kekal berdaya saing.

"Ini akan membolehkan MHA terus menarik dan mengekalkan pegawai yang baik,'' kata kenyataan MHA semalam.

Selain penyesuaian gaji itu, kementerian itu akan terus menyediakan pegawai mereka dengan peluang kerjaya yang bermakna dalam Home Team, dan menyokong pertumbuhan dan pembangunan mereka.

September lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) mengumumkan kenaikan gaji antara 5 dengan 12 peratus bagi pegawai perkhidmatan pentadbiran, pemegang jawatan kehakiman dan jawatan berkanun terpilih.

Pemegang jawatan kehakiman terpilih termasuk Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman.

Pada Jun lalu pula, PSD mengumumkan kira-kira 23,000 pegawai awam akan menerima kenaikan gaji antara 5 peratus dengan 14 peratus sejak 1 Ogos lalu .

Kementerian Pendidikan (MOE) pula mengumumkan sekitar 35,000 guru menikmati kenaikan gaji antara 5 dengan 10 peratus sejak 1 Oktober lalu sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg