Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kenali Pak Zubir bukan hanya sebagai penggubah lagu kebangsaan negara

Feb 7, 2019 | 5:30 AM
IKTIRAF SUMBANGAN: Penggubah lagu setempat, Encik Julian Wong (kiri) bersama anak Allahyarham Encik Zubir, Dr Rohana Zubir berganding bahu bagi persembahan seni pencahayaan, Light to Night Festival, sempena memperingati dwi-abad negara ini, Bicentennial Singapura. - Foto BH oleh MARK CHEONG
IKTIRAF SUMBANGAN: Penggubah lagu setempat, Encik Julian Wong (kiri) bersama anak Allahyarham Encik Zubir, Dr Rohana Zubir berganding bahu bagi persembahan seni pencahayaan, Light to Night Festival, sempena memperingati dwi-abad negara ini, Bicentennial Singapura. - Foto BH oleh MARK CHEONG -

MENGENALI Encik Zubir Said (gambar sisipan) melebihi tokoh yang menggubah lagu kebangsaan negara.

Anak Allahyarham Encik Zubir, Dr Rohana Zubir, berharap persembahan pancaran cahaya, Light to Night Festival, sempena memperingati dwi-abad negara ini, Bicentennial Singapura, dapat mencapai matlamat tersebut dan menyedarkan warga mengenai kisah hidup bapanya - seorang kanak-kanak asal Indonesia yang datang ke Singapura dan menjadi pemuzik tersohor menghasilkan pelbagai karya penting.

Dalam wawancara dengan Berita Harian (BH), Dr Rohana berkata beliau begitu tersentuh karya-karya bapanya - yang kurang dikenali umum namun amat bermakna - dapat dipersembahkan untuk dinikmati ramai.

Antaranya termasuk lagu Suhanna yang diilhamkan Allahyarham untuk cucunya, anak kepada Dr Rohana.

"Saya begitu terharu, fikiran saya melayang mengenangkan Allahyarham," ujarnya.

Persembahan bagi mengiktiraf sumbangan Allahyarham Zubir, yang mesra dengan panggilan Pak Zubir, itu direalisasikan hasil kreativiti penggubah lagu setempat, Encik Julian Wong, yang mendapat tahu mengenai lagu Suhanna hanya selepas membaca buku mengenai Allahyarham.

Buku yang diterbitkan Dr Rohana itu mengandungi nota muzik bagi lagu Suhanna dan Encik Wong mengambil kesempatan tersebut untuk mendendangkan lagu penuh makna itu kepada khalayak ramai.

Selain Encik Wong, dua artis pencahayaan, Encik Brandon Tay dan Encik Safuan Johari, turut menjayakan persembahan sebagai penghargaan kepada Allhayarham dengan mencipta persembahan pencahayaan lampu mengikut susunan muzik Encik Zubir.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg