Premium
Lebih ramai akan dibenarkan kembali ke tempat kerja
Sep 24, 2020 | 5:30 AM
KEMBALI KE TEMPAT KERJA SECARA SELAMAT: Pekerja memakai pelitup menunggu untuk menyeberang jalan di Kawasan Pusat Bandar pada waktu makan tengah hari. Lebih ramai pekerja akan dibenarkan kembali ke tempat kerja, meskipun langkah pengurusan selamat perlu dilaksana. - Foto BH oleh MARK CHEONG -
LEBIH banyak pekerja akan dibenarkan kembali ke tempat kerja, meskipun langkah pengurusan selamat perlu dilaksana dan majikan digalak melaksana langkah seperti masa kerja lebih fleksibel dan masa lapor kerja berperingkat-peringkat.
Ini di samping peraturan jarak selamat akan dilonggarkan dan lebih banyak kegiatan akan dibenarkan disambung dalam beberapa minggu akan datang, sedang bilangan kes Covid- -19 dalam masyarakat kekal rendah, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, semalam.

